35 🌹 ;

459 14 2
                                    

Daripada butik sehinggalah waktu makan tengah hari, Idham senyap tidak bersuara.

Merajuk agaknya. Saera pula langsung tidak memujuknya. Bertambah sakit hatilah.

Didalam kereta, Saera menjeling Idham berkali-kali. Hairan. Kenapa senyap sangat?

"Err.. Tuan ok tak ni? Dari tadi senyap"

Idham tidak membalas. Dia hanya buat tidak tahu sahaja.

"Tuan masih marahkan saya lagi psal tadi eh?"

Idham masih tidak membalas.

"sepatutnya saya yang merajuk sebab Tuan tipu saya pasal pergaduhan itu. Tapi, kenapa nampak macam Tuan yang  tengah merajuk pula ni?"

Idham berpaling marah. Namun dia tidak berkata apa-apa.

"ala maaflah... Tak akanlah saya sanggup suruh awak buat macam tu sekali. Saya gurau jelah.. Saya sayangkan awak" pujuk Saera perlahan-lahan.

Idham mula tersenyum-senyum. Termakan umpanlah tu.

"Ye ke sayang saya tu?" soal Idham buat kali pertama sejak tadi.

"Yelah, saya sayang  Tuan. Kenapa tak percaya?"

"Macam mana nak percaya kalau sekarang pun awak masih panggil saya Tuan"

Saera terdiam. Dia sudah mengagak apa yang Idham mahukan daripadanya.

"Ok. Fine. Awak nak saya panggil awak apa?" soal Saera.

"Abang..."

Saera tersenyum malu. Tidak selesa dia dibuatnya.

"Tak sukalah tu"

"Eah? Mana ada. Baiklah saya panggil awak abang"

Idham tersengih-senggih seperti kerang busuk. Dia menyuruh Saera untuk memanggilnya dengan panggilan 'abang'.

Malu-malu Saera memanggil Idham, 'abang'. Dalam perjalanan itu, muka Saera merah menahan malu.

Akhirnya keadaan, menjadi seperti sedia kala.

🌹🌹🌹

Majlis pernikahan Saera dan Idham sudah pun hampir tiba. Segala persiapan diuruskan dengan baik sekali.

Waktu yang paling sibuk adalah sehari sebelum majlis. Rasanya seperti banyak benda yang belum dilakukan.

Saera duduk termenung diatas pelamin yang terletak diruang tamu rumah keluarganya.

Bermacam-macam perasaan  dirasainya.

"Angah?" panggil Datin Rosel lembut.

"Buat apa tu?"

"Tak ada apalah. Angah cuma duduk-duduk je. Rasa macam tak percaya esok angah akan jadi isteri orang"

Datin Rosel tersenyum. Dia berasa sebak. Badan kecil anaknya dipeluk erat.

KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]Where stories live. Discover now