4 🌹 ;

702 22 0
                                    

Setelah seharian dibuli oleh majikannya, akhirnya barulah Saera dapat berehat.

Sebaik sahaja tiba dirumah, dia sudah terbaring diatas sofa diruang tamu sambil mengeluh panjang.

Isma melihat sahaja kelakuam Saera. Penat sangat gayanya tu.

"Kau dah makan ke belum? Nak aku masak kan tak?"

"Tak apalah, aku dah makan" ujar Saera tidak berdaya.

"Haih, orang lain pon bekerja juga, tapi tak adalah balik rumah je terus macam ni" kata Isma.

Saera diam sahaja. Malas dia nak jawab. Penat. Baik dia mandi lepas tu tidur. Esok nak hadap muka bos dia tu lagi.

🌹🌹🌹

Hari demi hari terasa seperti hari yang sama. Tiada yang beza pon. Alih-alih asyik kena buli je dengan Idham.

Saera masih bersabar dengan Idham. Kalau diikutkan hati, mahunya dia bagi penyepak guna pembaris dekat pipi lelaki itu. Nasib baiklah dia bos.

Setiap pagi, rutin Idham adalah membuli Saera dengan pelbagai idea buruknya. Kesian Saera.

Hatinya gembira apabila dapat membuli Saera. Baginya, tidak sah kalau tak dapat nak lihat muka marah Saera.

Saera yang sudah tidak tahan dengan perangai Idham itu masih cuba bersabar dengan sisa kesabarannya yang semakin berkurangan.

Selepas seminggu dia bekerja dengan Idham, dia dapat menggenali sisi lain bosnya yang selama ini dia tak pernah tahu.

Walaupun sikap nakalnya yang suka membuli, Idham juga manis berkata-kata, malah dia juga mempunyai sikap bertanggungjawab.

Entah kenapa hati ini semakin lama semakin tertarik untuk menggenali Idham dengan lebih lagi.

Seperti pagi hari kebiasaan, Idham memanggil Saera untuk memberi 'tugasan' kepadanya.

"Tuan ada nak apa-apa ke?" soal Saera.

"Bancuhkan saya kopi. Pekat. Kurangkan gula" arah Idham.

Saera hanya memandang kearah Idham yang sedang 'mengorder' air.

"Ingat aku ni apa? Main order-order pula" kata Saera perlahan. Suaranya sengaja tidak dikuat atau diperlahankan, hanya sederhana sahaja. Tujuannya nak bagi lelaki itu mendengarnya.

"Apa? Saya tak dengar awak cakap apa tadi" ujar Idham, walaupun dia mendengarnya tadi.

Saera hanya tersenyum kelat lalu keluar dari pejabat Idham untuk membuatkan kopi untuk Idham.

Didalam bilik rehat pekerja, Saera sedang fokus membancuh kopi untuk bosnya. Gula yang terletak ditepinya langsung tidak diusik. Malah, pandang sebelah mata pon tidak.

"Kau nak kopi kan? Pekat? Aku bagi hitam legam piawww punya. Kurangkan gula? Hahah tak payah gula lah. Awak dah manis dah tanpa gula" bebel Saera semasa dia membancuh kopi.

Pintu pejabat Idham dibuka selepas diketuk. Secawan kopi dihidang diatas meja kerja Idham.

Mata Idham tidak putus memandang Saera. Taulah Saera cantik. Hahaah.

KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]Where stories live. Discover now