Saera keluar dari pejabat Idham dengan berani.
Dia menuju ke lif. Entah kenapa, tiba-tiba dia rasa seram sejuk pula.
Dia menekan butang lif. "Lamanya" bisik Saera. Dah 5 minit dia menekan butang lif. Tapi tak sampai-sampai lagi lifnya. Dia dah tak tahan. Pintu tangga dihujung sekali ditujunya.
Pintu tangga dibuka perlahan. Haduh lampunya berkelap kelip pula. Lagi meremanglah bulu roma Saera dibuatnya.
Saera bermundar mandir memikirkan cara. Tak akanlah dia nak kembali ke pejabat Idham. Malulah. Pasti dia jadi bahan gelak Idham nanti.
Selepas beberapa minit berfikir, Saera terpaksa menebalkan mukanya untuk kembali ke pejabat Idham. Tak nak dia teruskan niatnya nak balik seorang. Dahlah gelap, sunyi pula tu. Haish,, seram.
Dengan perlahan Saera menapak kearah pejabat Idham. Kemudian, pintu pejabat Idham diketuk perlahan, tanpa menunggu jawapan, Saera terus masuk.
Idham memandang Saera hairan.
"Kenapa tak balik lagi? Tadi beria nak balik." kata Idham menyindir."Saya.. Saya takutlah. Seram sejuk saya dibuatnya. Saya tunggu lif, tapi tak sampai-sampai. Saya cuba nak guna tangga, lampu berkelap kelip pula. Saya takut." kata Saera.
Idham ketawa besar.
"Kenapa Tuan ketawa?" marah Saera."Tadi kata berani. Ni tak pula?" ujar Idham sambil sambung ketawanya.
Saera mencebik mukanya. Tulah sebabnya dia tak nak kembali. Tapi nak buat macam mana?
"Awak tunggu saya dekat situ dulu. Nanti kita turun sama-sama ya? Baru awak tak takut?" kata Idham menyindir Saera.
Saera menjeling tajam kearah Idham. Ikhlas ke tak tu tak tahulah.
Saera hanya akur dan duduk disofa sambil menunggu Idham habis kerja.
******
Idham mematikan komputer ribanya. Matanya ditonyoh beberapa kali. Penat matanya melihat skrin komputer yang terang. Otot badanya direngangkan.
Dia terpandang Saera yang sedang menunggunya di sofa.
"Dah tidur? Lama sangat ke aku buat kerja?" soal Idham lalu menilik jam tangannya.
"Ya, Allah. Patutlah dia tertidur. Dah pukul 10.30 malam" kata Idham. Dia menyarung kot bajunya dan berjalan menuju kearah Saera.
Tidak sampai hati pula dia mahu menegjutkan Saera sebenarnya. Tapi nak buat macam mana? Tak akan lah nak biar dia tidur dekat situ pula kan?
Wajah Saera ditenung lama. Rambut yang menutupi wajah Saera diselak lembut.
"Sampai bila awak nak sembunyi? Lama-lama saya akan tahu juga." kata Idham tiba-tiba. Dia mula tersedar lalu bahu Saera digoyangkan untuk mengejutkannya.
Saera membuka matanya dan merengek sedikit.
"Awak nak tidur sini sampai esok pagi ke? Awak nak balik?" soal Idham.
Saera yang sedang mendengar itu terus segar bugar biji matanya.
Dia hanya mengikuti jejak langkah Idham. Idham menawarkan diri untuk menghantar Saera pulang. Bahaya kalau perempuan pulang seorang diri. Sebelum pulang, Idham membawa Saera ke kedai mamak berdekat dengan kondo Isma.
YOU ARE READING
KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]
Romance"ISH.. Ada je benda yang dia ni suruh aku buat kan? Harap je muka handsome.." - WANY HASAERA 🔹🔸🔹🔸🔹 "COMEL. Puas hati aku bila dapat kenakan dia. Tulah, mulut tu lancang betul menjawab apa yang aku katakan?" - TENGKU IDHAM ASYRAF 🔸🔹🔸🔹🔸 "KEN...