9 🌹 ;

576 20 0
                                    

Saera datang awal kepejabat seperti arahan Idham.

Pagi-pagi lagi dia sudah sibuk menelefon sana sini bagi melengkapi jadual Idham.

"Apa jadual saya hari ni?"

"Hari ini, Tuan ada makan malam dengan Dato' Muzafar untuk bincangkan projek di Kuala Kangsar. Dan minggu depan, client Tuan dari Dubai nak lihat tapak bangunan di Langkawi. Itu sahaja"

Sebaik sahaja menutup bukunya, Saera terus beredar kebilik rehat pekerja. Dia membancuhkan kopi untuk Idham. Selalunya Idham akan minta kopi, tapi selepas peristiwa kopi pahit itu, dia langsung tidak mahu Saera buatkan kopi untuknya. Tapi kali ini, Saera mahu meminta maaf dengan membancuhkan kopi yang paling sedap pernah dia buat.

"Tuan. Ini kopi, tuan. Minumlah"

Idham memandang kearah secawan kopi panas yang dihidangkan. Pandangannya penuh curiga.

"Kenapa awak buatkan saya kopi? Tak apalah, saya tak nak"
Tolak Idham. Trauma dia.

"kenapa? tak sudi ke? Minumlah. Saya buat, sedap ni"

"Tak naklah saya. Entah-entah awak nak kenakan saya lagi. Hari tu awak sengajakan tak letak gula?"

Saera tersenyum kambing. "Alah, sekali sekala saya kenakan Tuan. Yalah, tuan dah banyak buli saya kan?"

"Saya nak bagi denda, tapi denda awak semalam ada lagi. Jadi, tangguh lah ye? Denda awak untuk semalam tu nanti saya bagi tau ok?"

Saera mencebik mukanya. Eii bencilah. Dia pasrah dengan takdirnya sahaja. Sebelum keluar, dia mempelawa Idham sekali lagi untuk merasa air kopi buatannya.

Saera melangkah keluar dengan malas. Dia malas nak lihat Idham hirup air kopi tu. Baik dia siapkan kerjanya. Nanti Idham bagi kerja banyak, mau tertanggal tangannya nak siapkan.

******

Idham memandang kearah cawan yang berisi air kopi yang masih panas dan tidak terusik lagi. Dia melihat Saera di luar pejabat yang sedang khusyuk membuat kerja.

Apa salahnya hirup sedikit untuk rasa.

Idham meniup perlahan sebelum meminumnya. Dengan lafaz basmallah, air kopi yang ditiupnya dihirupnya.

Hmmm.. Sedap. Pandai rupanya Saera buat air kopi.

Idham mengangguk-angguk berpuas hati. Dia menghirup air kopinya sehingga habis sebelum sambung membuat kerjanya.

****

Saera keluar dari pejabat untuk membeli sesuatu di kedai.

Sedang dia berjalan menuju kelobi, dia terlanggar seseorang.

"eah...maafkan saya. Saya tak sengaja."

"Tak apalah, lagipun ini salah saya juga sebab tak berhati-hati." balas lelaki itu.

"errr.. Nama saya Anieq. Anieq Syazwan. Awak?"

"Saya, Saera. Wany Hasaera"

"Awak nak dari mana nak kemana ni?"

KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]Where stories live. Discover now