1 🌹 ;

1.2K 31 0
                                    

22:07 P.M

Bismillahirahmannirahim

MEMPERSEMBAHKAN
-KISAH CINTAKU PADAMU-


And now the day bleeds
Into the nightfall
And you're not here
To get me through it all
I let my guard down
And then you pulled the rug
I was getting kinda used being
Someone you loved

(Lewis Capaldi- Someone You Loved)

Alunan lagu yang keluar dari corong radio itu diikuti menyanyi oleh Wany Hasaera. Suara yang merdu itu telah memecahkan suasana malam didalam biliknya.

Nyanyian yang penuh perasaan itu mengundang amarah seseorang.

"Hei! Diamlah. Memekak je yang kau tahu. Mari sini tolong aku masak lagi bagus daripada kau memekak dalam bilik tu sorang-sorang" pekik Isma rakan baik Saera dari luar bilik. Suaranya yang tegas dan lantang mengalahkan mak tiri Cinderella.

Saera terdiam. Terkelu. Itulah Isma. Tak habis dengan jeritannya yang mampu memekakan orang. Satu keluhan dihembus panjang sebelum turun dari katil dan melangkah keluar dari biliknya.

"Kalah mak tiri Cinderella kau menjerit eah?" kata Saera dan diakhiri dengan ketawa. Sengaja dia mahu memerli rakannya itu.

Isma yang asyik memotong sayur di dapur itu mencebik muka marah.

"Kau perli aku?"

"Eah. Mana ada. Siapalah yang berani nak perli Isma kesayangan kita ni ha?" kata Saera sambil menayang muka comelnya.

Isma menjeling dan ikut sekali gelak.

"Eee.. Tak payahlah nak buat muka macam tu. Annoying tahu tak?" soal Isma. Kali ini giliran dia pula memerli Saera. Saera hanya memuncungkan bibirnya tanda merajuk.

"Eee.. Tak baik" kata Saera. Isma hanya tertawa melihat telatah rakannya itu.

Selepas selesai memasak, Isma berjalan kearah ruang tamu dan duduk disebelah Saera.

"Saera, aku nak tanya sikit ni"

"Tanya apa?"

"Bila kau nak cari kerja? Tempoh 3 bulan yang papa kau bagi tu, tinggal lagi beberapa minggu je nak tamat tempoh kau tau?"

Saera mengeluh panjang seakan tiada penghujung selepas mendengar soalan cepumas dari Isma.

"Entahlah weyh.. Aku tak tahu nak cari kerja dekat mana lagi. Tak kanlah aku nak putus asa dan bekerja dengan papa aku. Tak nak lah. Lagipun, abang dengan adik aku kan ada. Papa aku tu sebok nak anak-anak dia kerja dengan dia.

Isma setia mendengar jawapan Saera yang panjang lebar.

"Ish kau ni. Kau kira beruntung tau, tak payah nak cari kerja. Papa kau mesti dah sediakan satu jawatan untuk anak-anak dia." ujar Isma.

Saera terdiam. "Papa kau mesti ada sebab nak anak-anak dia bekerja dengan dia. Mungkin, dia tak nak anak-anak dia jauh dari dia? We don't know" sambung Isma.

KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]Where stories live. Discover now