Datin Suraya dan Datin Rosel berjumpa di sebuah restoran. Mereka rancak berbual.
"Ha, Ros. Minggu depan hari Ahad, aku ada buat majlis kesyukuran untuk anak-anak kita tu. Kau datanglah"
Datin Rosel tersenyum. "Yakah? Mana boleh aku tak pergi kan? Kau mesti heret aku supaya pergi punya" kata Datin Rosel bergurau. Datin Suraya hanya ketawa.
Sedang mereka seronok bergelak sakan, tiba-tiba seorang gadis menegur Datin Suraya.
"Aunty Suraya? Assalamualaikum. Lamanya tak jumpa kan?" soal gadis itu sambil menyalami kedua-dua wanita yang berada dihadapannya.
"Eah? Tiara. Waalaikumusalam. Lama betul tak jumpa. Kamu sihat? Itu siapa? Anak kamu?" banyak betul soalan Datin Suraya kepada Tiara. Datin Rosel hanya terkebil-kebil melihat situasi.
"Saya sihat je. Ha ah, ini anak saya. Iman namanya" ujar Tiara.
"Hmm.. Aunty buat apa dekat sini?"
"aunty tak buat apa pon. Cuma duduk-duduk bincang tentang perkahwinan Idham dengan bakal besan aunty"
Tiara tersentak. Terkejut selepas mendengar tentang perkahwinan Idham.
"Idham dah nak berkahwin?"
"Ya, dengan anak saya" balas Datin Rosel tiba-tiba. Tiara hanya melemparkan senyuman kelat sahaja.
"Saya ucapkan tahniahlah. Saya minta diri dululah ya? Ada kerja nak buat" Tiara menghulur tangannya mahu bersalam. Selepas selesai, dia cepat-cepat beredar.
"Huh, Tiara. Aunty lupa nak beritahu. Kalau kamu lapang hari Ahad malam minggu depan, aunty ada buat majlis kesyukuran sikit. Kamu datanglah ya?"
"Insyaallah aunty. Kalau tak ada apa-apa saya datang"
Perbualan itu tamat selepas Tiara meminta izin untuk beredar buat kali kedua.
Datin Suraya kembali ketempat duduknya.
"Eah, itu bukankah perempuan yang tinggalkan Asy dulu. Yang kau cerita pada aku"
"Yalah, dia lah tu."
"Cantik budaknya, dia dah berkahwin? Tak nampak pun suaminya"
Datin Suraya mengeluh panjang. "Ebtahlah. Aku sebenarnya marah dengan apa yang dia dah buat pada anak aku. Tapi bila difikirkan balik, aku cuma marah atas perbuatannya, bukan dianya. Setiap kali aku tengok dia, aku jadi marah pula. Teringat cerita lama."
Datin Rosel mengusap lembut belakang badan kawannya. Dia faham akan perasaan Datin Suraya. Dia juga pernah melalui semua itu juga dulu.
"Tak apalah. Perkara dah lepas. Mungkin dia ada sebab tersendiri yang kita tak tahu."
"Betullah tu. Tapi tak apa, macam kau kata, semuanya dah lepas. Sekarang ni, aku cuma nak fikir pasal Asy dan Saera je" kata Datin Suraya kembali teruja.
Datin Rosel juga turut teruja.
🌹🌹🌹
YOU ARE READING
KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]
Romance"ISH.. Ada je benda yang dia ni suruh aku buat kan? Harap je muka handsome.." - WANY HASAERA 🔹🔸🔹🔸🔹 "COMEL. Puas hati aku bila dapat kenakan dia. Tulah, mulut tu lancang betul menjawab apa yang aku katakan?" - TENGKU IDHAM ASYRAF 🔸🔹🔸🔹🔸 "KEN...