29 🌹 ;

401 14 0
                                    

Sedang Idham seronok berbual-bual dengan rakan-rakannya, seseorang datang menegurnya.

"Hai Idham. Lama tak jumpa. Awak apa khabar?" suara yang lembut itu menarik perhatian Idham.

Sebaik sahaja menoleh, air muka yang tadinya ceria bertukar tegang.

"Kau buat apa dekat sini?" soal Idham agak kasar dan dingin.

"Mama awak jemput saya. Awak apa khabar? Sihat? Saya dengar awak nak kahwin"

"Habis tu?"

Tiara perempuan yang menegur Idham itu hanya ketawa kekok.

"Tak ada apa"

Idham menjeling tak puas hati. Baru dia mahu melangkah pergi, Tiara menghalangnya.

"Kau nak apa?"

"Hmmm"

"Cakaplah cepat"

"Hmmm"

Idham hampir hilang sabar.

"Dari tadi 'hmm' 'hmm'. Kau nak apa sebenarnya? Kau nak cakap apa? Ke kau nak cakap yang kau masih sayangkan aku. Baik tak payah" balas Idham.

Tiara terkelu. Betullah apa yang dikatakan Idham.

"Okay, listen.. Ays, saya tahu saya tinggalkan awak dulu. Tapi saya tak ada pilihan. Sejak saya tinggalkan awak, saya yakin yang awak masih cintakan saya. Dan sekarang saya dah pun bercerai. Awak masih cintakan saya seperti dulu kan?" kata Tiara terdesak.

"Cinta? Cinta aku pada kau dah lama matilah. Sekarang cinta aku pada bakal isteri aku pula. Dah, dah. Aku tak nak dengar rengekkan kau. Aku macam hujan, sekali kau tinggalakan aku, aku dah tak berpatah balik lagi."

Air mata Tiara bergenangan di tubir mata.

"Idham please, saya tahu, awak nak kahwin ni pun sebab awak nak cemburukan saya je kan?"

"Hei, bila masa aku nak cemburukan kau? Kau pun aku dah lama lupakan" ujar Idham. Baru sahaja dia mahu berlalu pergi, Isma dan Anieq datang menghampirinya.

Anieq terkejut selepas melihat Tiara berada disisi Idham sambil menangis.

"Tuan, Tuan ada nak Saera tak?" Soal Isma.

"eh? Apa tuan-tuan ni? Panggil macam biasa je lah. Tak layah formal sangat"

Isma akur. Dah itu dia minta.

"Ha, kau ada nampak Saera?"

"Saera? Tak ada pula. Aku ingat dia dekat dapur."

"Tak. Aku dah cari dekat semua tempat. Tak dia tak ada. Tu yang aku tanya kau ni"

Idham terdiam. Didalam fikirannya hanya memikirkan tentang keadaan Saera sahaja.

"Ye ke? Kita cari lagi." arah Idham. Isma dan Anieq hanya menuruti sahaja.

Selepas puas satu ruamh dia mencari tetapi tidak jumpa, Idham bertanyakan kepada semua ahli keluarganya dan ahli keluarga Saera.

KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]Where stories live. Discover now