17 🌹 ;

534 18 0
                                    

"I think, I like you. No, I'm really sure that I love you. Dah lama. Saya cemburu dengan Rizal, cemburu dengan Anieq. And that's why kelakuan saya pada awak diluar jangkaan saya sendiri. Tanpa sedar, saya dah sakitkan awak. I'm really sorry, it's my bad" kata Idham.

Saera terkelu. Bergenang air matanya menahan sebak.

"dia jatuh cinta dekat aku?"

"dia confess dekat aku?"

"Tuan. I fall in love with you too"

Idham memandang Saera yang sedang mengelamun. Apalah yang difikirkannya itu.

Idham memetik jari menyedarkan Saera.

"Are you okay?"

Saera yang tersedar itu menunduk malu.

"Yes. I'm okay" balas Saera sambil menepek-nepek pipinya yang sudah mengalir air mata.

Melihat keadaan Saera membuatkan Idham berasa serba salah. Kenapa Saera menanggis. Apa yang membuatkan dia menanggis. Idham menunjukkan bahawa dia resah.

"kenapa nanggis ni?"

"isk..isk.. Tak ada apa.. Habuk masuk mata" balas Saera sambil tersenyum. Sengaja dia mahu mengelak daripads menjawab soalan Idham.

Idham merenung kewajah Saera. Kenapalah dia mahu menipu. Idham berdiri lalu berdiri disebelah Saera. Bahu Saera ditepuknya perlahan bagi menenangkannya.

Selepas Saera berasa lebih baik dan sebelum suasana menjadi sunyi, Idham mula bertanyakan tentang perasaan Saera terhadapnya.

Saera hanya berlaku jujur dengan perasaannya yang dia menyukai Idham.

Idham tersenyum puas. Pelbagai topik yang mereka bualkan termasuklah, kali pertama perasaan mereka berputik dan banyak lagi.

"Terima kasih Tuan. Kalau Tuan tak berterus terang dengan saya. Sampai bila-bila saya tak akan tahu perasaan Tuan, dan mungkin saya dah terima calon mama saya." ujar Saera.

Idham mencebik mukanya. "Kenapa awak asyik panggil saya 'Tuan'?" kata Idham merajuk.

Saera mengerutkan dahinya. "Dah, Tuan Bos. Saya ni cuma pekerja je. Nak panggil apa lagi kalau bukan 'Tuan'?" kata Saera selamba. Tiba-tiba sahaja dia teringat akan kata-kata Idham sebelum ini.

"Sayang, sekarang ni, kita bukan lagi bos dengan pekerja tau. Try lah panggil, abang ke. Sayang ke, eh, sayang tak boleh. Itu gelaran untuk awak. Awak carilah panggilan yang lain. Macam baby ke. Honey ke." kata Idham seakan budak kecik.

Betullah apa orang kata, bila kita dah selesa dengan seseorang itu. Automatik perangai kebudak-budakkan kita keluar.

Saera terkelu selepas mendengar panggilan 'sayang' dari Idham. Sebelum ini dia pernah mendengarnya, namun kali ini, perasaan dipanggil 'sayang' betul-betul membuatkannya bahagia.

Selepas tersedar dari lamunan, dia hanya ketawa melihat telatah bosnya, atau sudah rasmi menjadi kekasihnya? Yang berperangai tak matang itu. Nak kata dia tak matang, Saera juga berperangai tak matang.

KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]Where stories live. Discover now