"...sayang yang buat abang sedar semua t..."
Tuba-tiba kata-kata Idham yang panjang berjela itu terhenti.
Dia memandang kearah isterinya lalu satu senyuman diukir dibibirnya.
"lah, sayang tidur ke? Habis abang cerita tu semua dengan siapa?" Idham tidak dapat menahan senyumnya. Entah kenapa dia rasa tertipu pula.
Dia merenung wajah isterinya lama. Tangannya membelai rambut lembut Saera. Didalam hatinya dia berdoa bersyukur kepada Allah kerana menemukannya dengan seseorang yang baik dan berdoa agar perkahwinan mereka berkekalan.
Saera kelihatan lena. Kepalanya terletak selesa diatas riba suaminya. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa itu membuatkannya bagai diawang-awangan. Matanya menjadi berat dan mula terlelap.
🌹🌹🌹
"Su. Pukul berapa si Saera dengan Asy gerak ke airport?"
Datin Suraya yang dari tadi merenung makanan atas mejanya itu naik bosan.
"Lepas majlis sanding ni nanti. Mereka naik flight pukul 10 malam"
Datin Rosel membuat betuk 'o' pada mulutnya sahaja.
Sahaja tanya. Bosan apabila duduk didalam dewan.
Daripada hadap makanan yang disediakan tu, baik dia mencari topik untuk dibualkan.
Tidak lama kemudian, kelihatan pasangan suami isteri yang baru sahaja bernikah itu masuk kedalam dewan untuk memulakan majlis persandingan.
Datin Rosel melihat sekeliling mencari Saera dan Idham. Daripada tadi dia langsuglng tidak melihat kelibat pasangan itu.
Diluar dewan. Idham mengejutkan isterinya yang lena dipangkuannya setelah hampir satu jam. Sedar tidak sedar, dengab Idham sekali terlelap dibawa angin.
"Sayang.. Bangun sayang, dah lama sangat tidur ni. Majlis tu pun dah bermula, nanti terlepas pula" kejut Idham.
Bahu isterinya digoncang beberapa kali.
Saera hanya merengek kerana tidurnya diganggu. Nak tak nak, dia kena bangun juga.
"hish,, ni sayang punya pasal lah. Dengan abang sekali terlelap tau" kata Idham bergurau.
Saera melempar senyuman sahaja.
Memang salahnya pun.
Tak mahu membuang masa, mereka cepat-cepat beredar dan masuk semula ke dewan.
"Ha. Itu pun kamu. Kamu berdua pergi mana? Lama sangat keluar" soal Datin Suraya.
Idham hanya tersengih nakal. Malas nak tanya lagi. Faham-faham sendirilah.
Wajah Saera sudah bertukar merah. Malu. Bukannya buat apa pun. Mengada je suaminya itu.
"Nasib baik majlis ni baru nak mula" celah Datin Rosel pula.
Hari itu sungguh memenatkan. Selesai sahaja sesi bergambar dengan pengantin Saera dan Idham sudah pun mahu gerak ke airport.
YOU ARE READING
KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]
Romance"ISH.. Ada je benda yang dia ni suruh aku buat kan? Harap je muka handsome.." - WANY HASAERA 🔹🔸🔹🔸🔹 "COMEL. Puas hati aku bila dapat kenakan dia. Tulah, mulut tu lancang betul menjawab apa yang aku katakan?" - TENGKU IDHAM ASYRAF 🔸🔹🔸🔹🔸 "KEN...