Saera menaggis teresak-esak seperti tiada penghujung. Ketakutannya mula menyelubungi dirinya.
Pelbagai perasaan yang datang pada waktu itu. Sedih, marah, takut, geram. Namun, apa yang boleh dilakukannya?
Dia hanya melihat Rizal yang duduk berhampiran dengannya. Rizal tidak berbuat apa-apa melainkan menilik sekeping gambar.
"Ini, ini gambar nikah kita. Sayang ingat tak?" soal Rizal dengan nada yang agak lembut.
Saera tidak membalas, dia takut. Dia hanya diam dan melihay apa yang ditunjukkan oleh Rizal padanya.
"Ini pula, gambar masa kita kahwin. Masa ni, sayang hilang masa nak ambil gambar berdua. Bila cari, rupanya sayang tengah makan dengan dalam rumah. Risau abang" Rizal mula bercerita tentangnya bersama isterinya dahulu.
"Sayang ingat tak?"
Saera menggeleng perlahan.
"Tak apa, perlahan-perlahan" ujar Rizal sambil mengusap rambut Saera."Rizal.. Tolonglah lepaskan saya." rayu Saera.
"Mana boleh aku lepaskan kau! Nanti kau pergi dekat Idham. Kau ingat aku tak tahu?" jerkah Rizal. Dengan sekelip mata mood nya berubah dari tenang kepada agresif.
"Tak.. Tolonglah, saya dah cakap banyak kali. Saya bukan isteri awak. Awak silap orang ni! Saya Saera!" kata Saera. Tersedu-sedu dia menangis.
"Arghhhhhhhhhhh!"
Jerit Rizal sekuat-kuat tidak."Idham, Idham, Idham. Aku ni laki kau lah!" balas Rizal dan satu tamparan hinggap dipipi Saera.
Terdiam Saera kerana terkejut. Kemudian, Rizal meninggalkannya seorang diri. Mungkin dia mahu tenangkan hatinya yang sedang marah itu.
Saera termenung. Nama Idham disebutnya berulang kali.
Tiba-tiba dia terdengar suatu bisikam seperti sedang memanggilnya.
Bskk..bskkk
Saera menoleh kearah bunyi itu.
"Idham?" Saera terkejut selepas melihat Idham yang datang untuk menyelamatkannya.
Idham yang bersembunyi disebalik dinding itu hanya menunjukkan isyarat jari dibibir kearah Saera. Dia tidak mahu Rizal dengar.
Selepas mastikan Rizal tidak akan datang balik kesitu, dengan perlahan-lahan Idham berjalan menuju kearah Saera yang sedang diikat.
"Awak. Awak. Saya takut" ujar Saera sambil menanggis.
"Shh..shh.. Tak apa saya ada. Diam sikit, nanti Rizal dengar, susah" pesan Idham sambil membuka ikatan pada lengan dan kaki Saera.
"Woi!" sergah seseorang. Secara tiba-tiba badan Idham terpelanting ketepi kerana ditolak oleh seseorang.
Saera yang kaku itu pantas menyorok dibelakang dinding.
"Macam mana kau boleh ada dekat sini? Macam mana? Kau nak selamat Saera? Buat pengetahuan kau, perempuan yang bakal kau kahwin tu isteri aku!!" tengking lelaki itu.
YOU ARE READING
KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]
Romance"ISH.. Ada je benda yang dia ni suruh aku buat kan? Harap je muka handsome.." - WANY HASAERA 🔹🔸🔹🔸🔹 "COMEL. Puas hati aku bila dapat kenakan dia. Tulah, mulut tu lancang betul menjawab apa yang aku katakan?" - TENGKU IDHAM ASYRAF 🔸🔹🔸🔹🔸 "KEN...