Qayyum keluar dari tempat kerja Saera dengan perasaan marah.
Kepalanya kusut memikirkan Saera dan Idham sedang berbulan madu. Apa yang dia mahu buat?
Talefon bimbitnya yang terletak dikocek seluarnya dicapai.
Beberapa kali nombor talefon Saera didail. Tetapi tiada balasan.
Semakin marahlah Qayyum dibuatnya.
Dia tiada pilihan. Selepas berfikir panjang, dia perlukan kerjasama Tiara.
*****
Tiara yang baru sahaja pulang dari mengambil anaknya di Taska terus pulang kerumah.
"Itu kereta Qayyum" bisiknya selepas melihat sebuah kereta berwarna hitam yang terletak betul-betul dihadapan rumahnya.
"Iman, Iman tunggu dalam kereta kejap eah? Mama nak jumpa uncle Qayyum" pesannya kepada Iman yang seronok melayan Didi & Friends ditalefon Tiara.
Tiara memandang Qayyum tanpa perasaan. Dia sudah dapat agak apa yang mahu dikatakan oleh Qayyum kepadanya.
Tanpa bersuara, Tiara hanya menjungkit tening sebelahnya.
"I need your help" ujar Qayyum dengan gopoh.
"Help? Apa dia? Pasal isteri Idham tu ke?" teka Tiara.
Qayyum sedikit teriak teruja. Tiara tahu apa yang berada didalam kepalanya.
"kau tak ada plan ke nak pisahkan diorang? Kau kata kau masih cintakan Idham"
"Kau sabar dulu. Buat apa nak gopoh-gopoh? Aku ada rancangan."
Qayyum tersentak. Dia menyoalkan apa rancangan yang bermain dikepala Tiara.
Dengan tenang Tiara hanya menyuruhnya untuk tunggu dan lihat.
🌹🌹🌹
Cahaya terang yang hadir disebalik langsir itu dibuka Idham dengan menekan alat kawalan jauh yang boleh menggerakkan langsir tanpa kita menyelak atau menutupnya.
Kemudian, pandagannya beralih kearah wajah isterinya yang sedang lena sambil diselubungi selimut.
Lepas solat subuh dia terus sambung tidur.
Idham tidak tidur kerana dia sudah terbiasa tidak tidur selepas solat subuh.
Aktivitinya apabila menunggu matahari terbit itu adalah dengan membaca berita di internet atau meneliti kerjanya juga di internet.
Matahari kian meninggi, Saera sudah pun terjaga dari lena. Selepas mandi dan bersiap-siap dia duduk dibalkoni menghadap pemandangan seluruh Tokyo dari tempatnya.
Nombor talefon mamanya didail. Sejak dia sampai ke Jepun, dia belum talefon mamanya.
Lama jugalah dia bergayut pada talefon berbual dengan mamanya. Rindulah tu.
Idham yang baru sahaja keluar dari bilik air sambil bertuala itu memerhati kelakuan isterinya yang sedang rancak berbual di talefon. Gembira betul. Sambil tergelak besar.
YOU ARE READING
KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]
Romansa"ISH.. Ada je benda yang dia ni suruh aku buat kan? Harap je muka handsome.." - WANY HASAERA 🔹🔸🔹🔸🔹 "COMEL. Puas hati aku bila dapat kenakan dia. Tulah, mulut tu lancang betul menjawab apa yang aku katakan?" - TENGKU IDHAM ASYRAF 🔸🔹🔸🔹🔸 "KEN...