13 🌹 ;

551 22 0
                                    

Dalam perjalanan pulang, Saera ada bertanyakan kepada Idham apa yang dia katakan pada pak Arab tadi. Namun Idham hanya melemparkan senyuman sahaja dan mengundang rasa bosan Saera.

Sakit hati dengan kata-kata Idham, Saera memutuskan untuk tidak berkata apa-apa.

Idham menjeling kearah Saera beberpa kali. Dia mahu lihat apa yang Saera sedang lakukan disebelahnya. Sebaik sahaja dia berpaling, dia melihat Saera sudah tertidur. Terangguk-angguk kepala Saera kerana tidak selesa menyandarkan kepalanya.

Idham tertawa kecil. Comel je. Wajah mulus Saera diratapi Idham lama. Dari mata hingga ke bibir sudah membuatkan Idham berasa berdebar-debar.

Hatinya mula terdetik untuk berjanji akan melindungi wanita ini sepenuh hatinya.

Oleh kerana kasihan dengan Saera, Idham melentokkan kepala Saera ke bahunya perlahan-lahan.

🌹🌹🌹

Sedar tidak sedar sudah sampai. Saera menggosok matanya beberapa kali sebelum dia bangkit dari kerusinya.

Kelihatan Isma sudah berada di luar kereta sambil menurunkan beg-beg milik Saera.

Saera memandang Idham yang bermain talefon selepas mengejutkannya.

"Terima kasih Tuan. Terima kasih pak Man" ucap Saera sebelum kakinya melangkah keluar. Idham hanya mengangguk tanpa membalas.

Didalam rumah, Saera berbaring diatas sofa kepenatan.

"Kau beli tak coklat aku tu?" soal Isma gelojoh.

"Ada dalam beg. Kau carilah."

Isma menjeling kearah Saera beberapa kali dan menanyakan bagaimana percutiannya ke Langkawi.

Saera memuncungkan bibirnya sebelum menjawab.

Dia mula bercerita tentang apa yang berlaku kepada Isma. Seronok Isma mendengarnya. Dah macam tonton drama melayu.

"Eleyh.. Benci-benci kau tu, sayang juga pada dia kan, kan?"

Saera tersentak. Apakah? Sayang? Lambat lagi.

Dia mula termenung jauh. Kelakar pula difikirkan kembali. Apa punya boslah yang suka membuli pekerjanya. Ini mesti kes berdendam. Boleh tahan dahsyat juga sifat dendam Idham ni.

🌹🌹🌹

Pejam celik pejam celik, sudah hampir sebulan Saera bekerja dengan Idham. Bermacam-macam benda telah berlaku dan pelbagai sifat menarik Idham dapat diketahuinya.

Seperti Idham tidak suka sesuatu yang menyusahkannya. Dan dia juga suka Asam Pedas buatan mamanya. Idham memang tekak Melayu. Kalau ke luar negara sebab urusan kerja pon, kalau boleh dia nak makan masakan Melayu. Sebab itu Idham pandai memasak. Walaupun nampak macam tak tahu ke dapur, yalah, muka kacak, badan sado. Ingatkan cuma tahu bekerja je.

Pada pagi yang agak sejuk itu, Saera sudah berada dihadapan televesyen dan melayan drama koreanya.

Isma yang baru sahaja keluar dari bilik untuk ke kerja, hairan melihat Saera yang masih lagi rileks tak berbuat apa-apa. Mandi pun belum lagi tu.

KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]Where stories live. Discover now