8 🌹 ;

637 17 0
                                    

Memandangkan Idham sudah tahu siapanya, Saera meminta tolong Idham menghantarnya pulang kerumah keluarga Saera.

Saera ingin menjemput Idham masuk kerumah keluarganya namun, Idham ada kerja pula. Tak jadilah.

Selepas memerhati kereta Idham berlalu pergi dari perkarangan rumahnya, Saera masuk kedalam rumah keluarganya.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam. Eah, angah. Lambatnya angah sampai?" soal Datin Rosel teruja melihat anak daranya.

"lambat? Apa yang lambat? Saera datang nak melawat mama dengan papa.." ujar Saera binggung sambil menyalami tangan ibunya.

"Papa dengan Hatta mana, mama?"

"Papa kamu ada dalam bilik membaca, Hatta pula ada dalam bilik dia, main game. Ni ha, Along dengan isterinya ada dekat sini. Anak-anak buah kamu pon ada sini" kata Datin Rosel.

"Along ada dekat sini? Dia buat apa? Patutlah tadi nampak kereta dia dekat luar"

"Ish. Kamu ni. Hari ini kan hari jadi anak kembar dia. Lupa ke?"

"Haduh... Along tak cakap pula. Baru pagi tadi terserempak dengan dia. Memang nak kenalah along ni"

"Dah, dah. Kamu pon dah sampai, mari ke dapur. Tolong mama masak."

Saera memuncungkan bibirnya.

"Ha, yalah. Angah tukar baju sekejap"

Selepas berborak lama dengan mamanya, dia naik ketingkat atas dan masuk kedalam biliknya.

Semasa dia mahu turun kedapur, dia melihat abang dang kakak iparnya diruang tamu keluarga sambil bermain dengan anak kembar mereka yang baru berusia 2 tahun.

"eah, angah. Bila sampai?" soal kak Mia, kakak ipar Saera.

"Baru je. Ni pon mama suruh tolong dia masak."

"Eah? Dah nak mula masak ke? Dahlah, jom kita kedapur" kata Kak Mia bingkas bangun dan turun kedapur untuk tolong memasak.

Saera menjeling kearah Wan. Geram.

"Amboi. Kenapa jeling along macam tu?"

"along ni kan. Kenapa tak beritahu hari ini hari jadi si kembar?"

"Angah lupa ke? Kesian anak-anak along. Kak ngah dia lupa hari lahir awak berdua."

Saera mencebik marah. "Bukan lupa. Terlupalah. Ter. T.E.R.. Kan angah dah kerja. Angah sibuk, sampai lupa semua.. Heheh..Mika dengan Kayla, tak marah kak ngah kan?"

Wan hanya menjeling adiknya. Ya, yalah tu.

"Dahlah, pergi tolong mama sana. Kang nanti dia menjerit pula" tidak lama kemudian, Datin Rosel menjerit memanggil Saera.

Saera memandang kearah Wan dengan pandangan tiada makna. "Celupar betulah mulut abah awak ni Mika, Kayla" kata Saera sebelum dia beredar.

🌹🌹🌹

Idham memandu keretanya pulang terus kerumah.

KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]Where stories live. Discover now