49 🌹 ;

494 14 0
                                    

Idham masuk kedalam rumahnya seakan rumahnya akan hilang sekejap lagi.

Dia bergegas memanggil isterinya.

Dari ruang tamu hingga dapur, dia tidak menjumpai Saera. Dia naik ketingkat atas.

Apabila tombol pintu bilik tidurnya dibuka, dia melihat almari pakaian isterinya kosong, tiada baju. Bagasi yang terletak diatas almari itu juga tiada.

Nampaknya Idham terlewat. Dia duduk dipenjuru katil sambil merenung almari kosong itu. Air matanya mula gugur.

"Sayang.. Kenapa? Kenapa sayang tinggalkan abang? Abang tahu salah abang. Sayang dekat mana? Baliklah sayang" ujar Idhm dalam kesedihan.

Sedang dia duduk termenung memikirkan isyerinya, dia melihat sepucuk surat yang ditinggalkan diatas meja solek.

Perlahan-lahan Idham mencapainya. Sebaik sahaja surat itu dibuka, air mata Idham mengalir semakin lebat.

For abang...

Maaf, saya keluar tanpa izin. Saya ada sebab tersendiri. Buat masa ini, lebih baik kita tinggal berasingan.


Saera.

Sebaik sahaja selesai membaca sepucuk surat yang ditinggalkan Saera. Idham lemah. Luluh hatinya apabila menerima dan membaca isi surat itu.

Air matanya semakin lebat mengalir. Berkali-kali dia menalefon isterinya. Namun tidak dijawab.

Dengan menggunakan sisa tenaga yang ada, Idham bangkit lalu menuju kerumah orang tua Saera dengan harapan Saera ada disana.

"Assalamualaikum, mama. Saera ada dekat dalam tak? Asy nak jumpa dia kejap" kata Idham tanpa berhenti untuk memberi ruang Datin Rosel berbicara.

"Waalaikumsalam. Saera tak ada dekat sinilah Asy. Kenapa Asy? Ada masalah ke?" Datin Rosel mula risau.

"Ini semua salah saya. Kami cuma ada perselisihan faham sedikit sahaja. Saya balik rumah, Saera dah packing semua barangnya. Dan dia tinggalkan nota sahaja." Idham menceritakan masalahnya.

Dato' Hisyam yang kebetulan terdengar perbualan itu turut serta.

"Mana dia sekarang?"

"Saya tak tahu. Saya tengah cari dia lah ni. Saya sampai buntu. Tak tahu nak cari dia dekat mana lagi"

🌹🌹🌹

Dalam dua ke tiga jam perjalanan Saera ke Kedah, akhirnya dia tiba di sebuah stesen bas.

Sebaik kakinya melangkah turun, dia melihat satu susuk tubuh seorang wanita yang sangat dikenalinya, dirinduinya.

"Saera!" jerit wanita itu teruja. Dia berlari anak mendapatkan Saera.

Saera kaku. Dia tidak tahu mahu berbuat apa. Entah kenapa dia rasa sedih.

Badan wanita tadi dipeluknya seerat yang boleh.

"Eah? Kenapa ni Saera? Apa yang dah terjadi ni? Mana suami kamu? Dah, dah jom. Ikut kak Fhia balik. Kita cerita dekat rumah" ujar wanita yang dikenali sebagai kak Fhia itu selepas menyadari Saera menangis dalam pelukkannya.

KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]Where stories live. Discover now