16 🌹 ;

531 17 0
                                    

Petang tadi, seluruh ahli keluarga Idham dan Saera tiba di resort pelangi. Mereka tidak menempah bilik dahulu, disebaliknya mereka berkumpul disebuah restoran masakan cina halal atas arahan Idham.

"Betul ke, abang Idham nak lamar angah malam ni?" soal Hatta kepada Idham dengan nada teruja.

Idham hanya mengangguk laju. Ikhlas dia mahu memperisterikan Saera.

Segelas kopi yang baru dihidangkan oleh seorang pelayan di teguk Idham perlahan.

Semua ahli keluarga dari dua belah pihak sudah pun berkumpul, kecuali Saera.

"Cakaplah, apa yang kau nak cakapkan tu" celah Wan.

Dato' Tengku Emran, Dato' Hisyam, Datin Suraya, Datin Rosel, Hatta, Wan, Mia dan Insyirah adik kepada Idham sudah tidak sabar mahu mendengar.

Idham hanya tersenyum manis.

"Ha, kenapa kamu suruh kami semua berkumpul dekat sini? Suruh ambil cuti lagi. Ada apa? Nasib baiklah minggu depan cuti" ujar Dato' Tengku Emran. Manakala yang lain hanya mengangguk setuju.

Idham menarik dan menghembus nafas beberapa kali. Cuba untuk membuang rasa gemuruh. Wajah Dato' Hisyam dan Datin Rosel dipandangnya sekilas.

"Sebenarnya, tujuan Asy buat macam ni sebab, Asy nak melamar Saera sebagai isteri malam ni. Uncle Hisyam dengan Aunty Rosel dah pun setuju tentang hal ni"

Dato' Hisyam dan Datin Rosel hanya mengangguk. Senyuman terukir dibibir.

Datin Suraya dan suaminya hanya saling berpandangan kerana terkejut.

Flashback

"Assalamualaikum" satu suara yang agak kasar kedengaran dihadapan rumah keluarga Dato' Hisyam

"Walaikumusalam. Eah? Asy? Kamu buat apa dekat sini? Mana mama kamu?" bertubi-tubi soaln yang diajukan oleh Datin Rosel.

"Masuklah dulu" pelawa Datin Rosel. Idham hanya menurutinya sahaja.

"Mama tak ikut sebab Asy memang nak datang seorang"

Datin Rosel hanya mendengar kata-kata Idham lalu bergegas memanggil suaminya dibilik baca.

"Eah? Asy" sapa Dato' Hisyam. Idham menyalami tangan Dato' Hisyam.

"Ada apa kamu datang ni?"

"saya datang ni sebenarnya ada hajat" ujar Idham.

Tak lama kemudian, Datin Rosel mencelah yang baru sahaja kembali dari dapur. Air jus oren dihidangkan untuk Idham dan suaminya.

"Kamu tak cakap nak datang. Kalau kamu beritahu awal-awal, bolehlah aunty kenalkan kamu dengan anak dara aunty, Saera"

Idham tersenyum. "Sebenarnya apa yang saya nak cakap ni, ada kaitan dengan Saera"

Dato' Hisyam dan Datin Rosel saling berpandangan kerana terkejut.

KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]Where stories live. Discover now