Tepat pukul 6 petang, Idham tiba dirumah. Dia agak terkejut bila lihat ada kereta dihadapan rumahnya.
Lagi mengejutkan bila dia lihat kasut lelaki lain selain dia dirumahnya.
Pantas dia keluar dari kereta lalu mencari isterinya.
"Sayang?"
"sayang?"
Panggilan gopoh dari Idham membuatkan Saera terkejut sehingga hampir terpotong jari. Nasib naik tak luka.
"ya allah. Abang ni dah kenapa? Terkejutlah. Nasib baik tak terpotong jari ni tau" marah Saera.
"ah.. Abang minta maaf. Ni, abang nak tahu, kereta dekat depan dengan kasut lelaki dekat depan tu siapa punya?" soal Idham dengan nada marah.
Saera hanya diam. Malas nak melayan sifat cemburu suaminya yang mengalahkan drama 'Cemburu seorang perempuan' pula.
"sayang. Abang tanya ni"
Saera berputus asa. Tak tahan dia dibuatnya.
"tu kereta dengan kasut pesaing abang nak dapatkan sayang dululah" balas Saera selamba. Sengaja dia mahu suaminya naik hantu sikit.
"pesaing? Siapa? Buat apa dia dekat sini? Mana dia? Memang nak kena ajarlah dia ni" soal Idham bertalu-talu sambil merampas senduk kari yang elok dipegang Saera untuk mengaul lauknya.
Tak lama kemudian Hatta turun sambil mendukung Syafiq.
Hatta membelakangi Idham. Jadi, Idham tidak tahu itu Hatta.
"dia ke?" soal Idham sambil menghayunkan senduk kearah Hatta.
"eah! Woo... Abang ni, kalau ya pun cemburu, agak-agaklah. Tak kan lah dengan adik ipar sendiri pon nak cemburu?" soal Hatta terkejut.
Idham menghembur nafas panjang.
"lah, kau rupanya. Kenapa tak bagitau itu kau?."
"haih? Angah tak beritahu aku ada dekat sini ke?"
Masing-masing saling menyoal masing-masing.
Idham mengalih pandangannya kepada Saera. Geram dia dibuatnya. Saera pula hanya buat muka tidak bersalah sahaja.
"ha. Senduk tu kau nak hayun ke mana pula?" soal Hatta sinis.
Idham meamanndang isterinya. Haih.. Geram betul. Dah geram tak bertempat pula.
"kenapa sayang tak beritahu abang dari awal tadi?"
"saja"
"saja je?"
"ya"
Tiba-tiba pipi kanan Saera dicium Idham lembut.
"apa abang buat ni?"
"buat apa?"
"cium sayang kenapa?"
"saja"
YOU ARE READING
KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]
Romance"ISH.. Ada je benda yang dia ni suruh aku buat kan? Harap je muka handsome.." - WANY HASAERA 🔹🔸🔹🔸🔹 "COMEL. Puas hati aku bila dapat kenakan dia. Tulah, mulut tu lancang betul menjawab apa yang aku katakan?" - TENGKU IDHAM ASYRAF 🔸🔹🔸🔹🔸 "KEN...