Sejak mengandung ni, Saera menjadi sangat manja dengan suaminya. Asyik nak berkepit je.
"Abang, sayang nak makan aiskrim boleh?"
"Tak boleh"
"kenapa?"
"Sayang dah makan aiskrim dua mangkuk pagi tadi. Tak akan nak makan lagi"
"Alah. Bolehlah. Baby yang nak bukan sayang"
"I said no"
Saera marah. Dia bangun dari sofa lalu beredar meninggalkan Idham.
"Marahlah tu"
Saera tidak mengendahkannya. Dia pergi kebalkoni lalu mengusap lembut perutnya yang semakin membesar.
"Baby, papa tak sayang mama dengan baby lagi lah. Dia tak bagi mama makan aiskrim. Mama nak aiskrim" ujar Saera sedih.
Idham yang kebetulan terdengar itu mendapatkan isterinya.
"mana ada papa tak sayang mama dengan baby. Papa sayanglah sebab tu papa tak bagi mama makan aiskrim."
Idham memeluk Saera dari belakang. Tangannya memegang perut Saera yang semakin membesar itu dengan tenang.
"Abang macam tak percaya. Cepat sangat masa berlalu. Tinggal beberapa minggu je lagi baby dalam perut ni akan lahir."
"Ya, sebelum tu. Sayang nak minta maaf pada abang atas semua kesilapan sayang. Kalau umur sayang tak panjang, abang jaga anak kita baik-baik. Sayangkan dia lebih tau" ujar Saera. Idham terkejut dengan kata-kata Saera.
"Apa cakap macam tu? Tak baiklah"
"sayang kata 'kalau'"
"kalau tak kalau, pun sama. Tak baik."
🌹🌹🌹
21 Febuari 2020
Tarikh yang membawa seribu satu makna oleh sesetengah orang.
Pada tarikh itu, Hatta menyambut hari lahirnya yang ke 24.
Dalam masa setahun, semua perkara suka dan duka dilalui dengan penuh semangat dan tabah.
Dirumah keluarga Dato' Hisyam, Hatta menyambut hari jadinya.
"Mama, mana angah? Tak nampak pun" soal Hatta ingin tahu.
"angah ada dekat dapur tu. Buat apa entah. Dah, dah jom ke depan. Dah nak mula kan majlis kamu ni"
Semua orang beredar kehadapan untuk memulakan majlis kecuali Saera. Saera duduk didapur kerana rasa rak sedap badan. Walaupun berbadan dua, dia berdegil mahu mengangkat benda berat.
Tampaknya, Saera akan terlepas melihat Hatta memotong kek.
"Tak boleh ni. Aku nak tengok Hatta potong kek" ujar Saera gigih bangun dari kerusi.
Setapak dia melangkah, perutnya rasa sakit yang teramat. Tidak lama kemudian air ketuban mula pecah.
Saera berpaut pada meja. Dua buah gelas yang terletak di atas meja itu cuba dicapai daripada terjatuh kelantai.
YOU ARE READING
KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]
Romance"ISH.. Ada je benda yang dia ni suruh aku buat kan? Harap je muka handsome.." - WANY HASAERA 🔹🔸🔹🔸🔹 "COMEL. Puas hati aku bila dapat kenakan dia. Tulah, mulut tu lancang betul menjawab apa yang aku katakan?" - TENGKU IDHAM ASYRAF 🔸🔹🔸🔹🔸 "KEN...