41 🌹 ;

458 15 0
                                    

Sebaik tiba sahaja dirumah, Saera terus berlari masuk mencari suaminya.

Kereta suaminya ada dihadapan. Maknanya dia sudah pulang.

"Abang"

"Abang!"

"Abangggg"

Panggil Saera berkali-kali. Tetapi tiada jawapan.

"Mana dia ni?" Saera berjalan menuju kebilik. Dia lihat Idham sedang bersiap untuk kesuatu tempat.

"Abang nak ke mana?"

"Huh? Sayang dah balik? Kita nak pergi dinner lah dengan family abang."

"Yeke? Tak beritahu pun"

Idham mengerutkan dahinya. Betul ke dia tidak memberitahu isterinya.

"Abang dah Whatsapp sayanglah"

Saera cepat-cepat mengeluarkan talefonnya lalu memeriksa sama ada dia menerima mesej dari suaminya.

"Tak ada pun. Tengok ni" kata Saera sambil menunjuk talefonnya kepada Idham.

"Heheh.. Abang lupa. Dah cepat siap.. Nanti lambat" balas Idham sambil melemparkan senyuman kambing. Malulah tu. Yakin betul cakap.

"Abang ni"

"Halaha.. Maaflah,, dah pergi bersiap cepat. Masam bau tu"

"Mana ada masam. Hidung abang tersumbat ke?"

Idham hanya ketawa. Dia mencuit lama hidung isterinya. Comel je bila merajuk.

Sudah tidak bersemangat Saera mahu bercerita.

🌹🌹🌹

Semasa dalam perjalanan ke Hotel untuk makan malam bersama keluarga Idham, Idham memulakan bicara dengan menyoalkan perkara yang Saera mahu memberitahunya petang tadi.

"Isma.. Dia nak kahwin"

"Yeke? Dengan siapa? Anieq?"

"Ha ah"

Saera mula berceloteh tentang Isma dan Anieq yang mahu berkahwin.

"Anieq ada beritahu abang. Katanya, dia nikah bulan depan. Kebetulan pula, tarikh sama dengan tarikh honeymoon kita"

Saera mencebik. "Lah, ye ke"

"Tapi, tak apa... Abang tempah flight kita pukul 10 malam. Jadi, siang tu kita boleh pergi majlis diorang. Lepas habis majlis, kita terus pergi airport" terang Idham.

Selepas mendengar kata-kata Idham, Saera dapat menghembuskan nafas lega. Berpeluanglah dia mahu menghadiri majlis pernikahan dan persandingan satu-satunya kawan baik dia.

Walaupun, hari itu akan menjadi hari yang panjang dan memenatkan, dia masih berterima kasih dengan suaminya kerana memahaminya.

"Terima kasih abang"

"sama-sama kasih, sayang"

KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]Where stories live. Discover now