Majlis pernikahan Isma dan Anieq sudah pun tiba. Saera kelihatan yang paling teruja diantara semua.
"Biy, cepatlah. Nanti lambat" ujar Saera menyuruh Idham agar cepat bersiap.
Idham yang dari tadi berdiri menghadap cermin itu hanya iyakan sahaja.
"Ya, sabarlah kejap. Tak lari kemana pon lah kawan awak tu"
"Ish biy ni. Sayang cuma nak cepat je"
"Ha yalah, yalah. Jom" kata Idham sambil menacap rambutnya buat kali terakhir.
"Beg-beg semua dah masukkan dalam kereta kan?"
"Dah. Lepas majlis tu kita terus ke airport. Dah tak singgah rumah lagi. Sebelum pergi, baik kita cek dulu" kata Idham.
"Nanti masa kita dekat sana. Siapa yang jaga rumah ni? Ke, biar macam ni je?"
"Mama dengan papa tawar diri nak jaga. Abang dh tolak, tapi mereka berkeras. Nak buat macam mana. Dah lah jom.. Nanti lambat, pandai pula sayang marah abang"
Saera tersenyum kambing. Macam tahu-tahu sahaja suaminya itu.
Selepas memeriksa semua perkara, Saera dan Idham meninggalkan rumah mereka dengan berat hati.
Bukannya lama mereka pergi berbulan madu tu. Satu minggu je. Lagaknya seperti berpindah terus.
Dalam perjalanan ke dewan tempat majlis pernikahan dan persandingan Isma berlangsung, Saera dan Idham berbual-bual tentang percutian berbulan madu mereka.
Beberapa kali Saera menanyakan kemana Idham mahu membawanya. Tetapi, setiap kali menyoal, jawapannya tetap sama. Idham menyuruhnya diam dan lihat, dia akan tahu nanti.
"Bukan susah sangat pun nak beritahu" bebel Saera tak berpuas hati. Idham hanya ketawa melihat reaksi isterinya.
🌹🌹🌹
Datin Rosel kehulu kehilir menunggu anaknya Saera dihadapan pintu dewan.
"Mana dia ni bang? Lamanya"
"Sabarlah. Kejap lagi sampailah dia" ujar Dato' Hisyam menenangkan isterinya.
"Ha tu, mereka" celah Datin Suraya apabila melihat sebuah kereta yang sangat dikenalinya masuk kedalam perkarangan dewan.
Saera dan Idham turun dari kereta. Mereka berasa gembira melihat ahli keluarga mereka ada dimajlis itu sebelum mereka berlepas.
Mereka masuk kedewan dan mengambil tempat. Saera dan Idham tidak masuk kedewan. Merrka mahu berjumpa dengan pengantin sebelum masuk kedewan.
"Biy, sayang pergi jumpa Isma dulu ye?"
Idham hanya mengangguk.
*****
Dibilik persalinan pengantin perempuan, Saera melihat Isma yang manis bertudung dan lengkap dengan baju nikahnya.
Tidak henti Saera memuji rakan baiknya itu.
"Tak sangkalah.. Kita kahwin pada tahun yang sama. Rasa macam tak percaya" kata Isma.
YOU ARE READING
KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]
Romansa"ISH.. Ada je benda yang dia ni suruh aku buat kan? Harap je muka handsome.." - WANY HASAERA 🔹🔸🔹🔸🔹 "COMEL. Puas hati aku bila dapat kenakan dia. Tulah, mulut tu lancang betul menjawab apa yang aku katakan?" - TENGKU IDHAM ASYRAF 🔸🔹🔸🔹🔸 "KEN...