21 🌹 ;

490 18 0
                                    

Nasi goreng kampung yang dipesan oleh Saera sudah terhidang diatas meja.

Biasanya dia hanya memakan roti bakar atau minum susu sahaja pada waktu sarapan. Tetapi, hari ini seleranya lain. Daripada semalam dia tak makan. Mestilah lapar. Nak kata sarapan pagi pun tak boleh juga, jam dah menunjukkan pukul 11 pagi.

Selepas membaca doa makan, Saera terus menjamah makanannya dengan rakus sekali. Seperti sudah berhari-hari tidak makan.

"Kalau ya pon lapar. Eloklah sikit makan tu, nanti tercekik pula" nasihat Datin Rosel. Apa teruklah perangai anak daranya itu.

Datin Suraya menepuk perlahan bahu Datin Rosel.

"Biarlah dia makan. Mesti dia lapar sangat tu"

Datin Rosel tersenyum sahaja. Mereka semua duduk disatu meja yang sama dan mula berbual dan berbincang tentang Saera dan Idham.

Niat untuk meneman Saera makan sahaja, memandangkan semua dah berkumpul, mereka berbincang sekali pasal perkahwinan Idham dan Saera.

"Asy, Saera. Kami dah bincang. Kami ingat nak buat majlis nikah kamu hujung bulan ni. Tapi itulah, kami nak kena tanya pendapat kamu berdua dulu." ujar Datin Suraya sebagai wakil dari kedua belah keluarga.

Saera dan Idham saling berpandangan. Idham asyik menjungkitkan tening sebelahnya sahaja.

"Asy, ok je.. Kalau nikah esok pon lagi bagus. Ya tak sayang?"

Saera mencubit paha Idham. Gatalnya. Rasakan cubitan berbisa itu.

Habis merah wajah Saera menahan malu. "Saera tak kesah. Saera ikut je" balas Saera lalu menyedut airnya.

Tiba-tiba talefonnya berdering. Nama yang tertera di skrin talefonnya adalah Isma.

"Err.. Saera jawap panggilan sekejap eah?" ujar Saera meminta izin.

Butang hijau ditekan.

"Ha! Hello! Assalamualaikum. Aku fikir kau dah lupa aku"

Teriak Isma teruja selepas panggilannya dijawab oleh Saera.

"Ha, Waalaikumusalam. Kalau ya pon, tak payahlah nak menjerit. Bingit telinga aku tau tak?"

"halah, sorrylah.. Kau tu yang susah sangat nak call aku kenapa? Kau langsung tak cerita apa-apa pasal aku eah. Tup tup kau dah sampai Pantai Pelangi. Kena lamar lagi"

Saera mengerutkan dahinya, hairan. Bagaimana pula Isma dapat tahu ni?

"Eah? Macam mana kau tau?"

"Come on, ini Isma Wardiah lah. Aku adalah sumber aku. Nak tunggu kau? Lambat lagi~"

"Eleyh kau. Nak berahsia. Ceritalah dekat aku"

"ah, kau pun tak cerita pasal kau dekat aku. Tak akan aku nak story macam mana aku dapat tahu pasal kau dan pasal aku meet someone..."

Saera terkelu. 'Isma jumpa seseorang? Siapa tu?'

"Ha, ha. Isma, kau jumpa someone? Asal aku tak tahu ni? Siapa dia tu? Aku kenal tak?"

KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]Where stories live. Discover now