2 🌹 ;

910 26 0
                                    

"Kau tau tak? Semua tempat yang aku pergi, semua tempat jugalah tak nak terima aku kerja. Mereka kata, aku tak ada pengalaman. Eh, siallah. Macam manalah aku nak ada pengalaman kalau diorang yang tak nak terima aku? Cuba kau cakap sikit. Ni belum lagi pasal mamat annoying tu lagi. Geramnya aku" bebel Saera. Habis keluar bahasa kesat daei mulutnya.

Isma hanya mendengar sahaja leteran Saera tentang pancaroba hidupnya.

"Mamat annoying? Siapa pula tu?" soal Isma seakan berminat.

Saera bersemangat bercerita perangai buruk lelaki itu kepada Isma. Walaupun baru sekali berjumpa, tetapi Saera dapat mengenali sikap lelaki itu seperti sudah lama berjumpa.

Nampak gayanya Saera sangat geram dengan kejadian yang berlaku siang tadi.

🌹🌹🌹

Pagi baru sudah tiba. Entah kenapa Saera rasa malas nak cari kerja. Dia sudah menjangkakan jawapan yang dia akan dapat.

Dia mula terfikir akan kata-kata Isma mengenai kerja disyarikat papanya. Mungkin ada betulnya apa yang Isma kata tu.

Tiba-tiba sahaja talefonnya berdering. Dengan pergerakkan yang malas, Saera menjawab panggilan itu.

Lama Saera bergayut dalam telefon itu. Dengan siapa dia berbual, tidak tahulah.

"Ha, yalah. Kalau Saera dah sampai Saera talefon akak, ya?"

Selepas beberapa minit menjawab panggilan itu, senyuman dibibir terukir. Gembira. Teruja. Tak sabar.

Saera lantas menuju kebilik air dan bersiap-siap untuk keluar berjumpa dengan seseorang.

20 minit kemudian, Saera tiba di Cafe Bee and Healthy. Sebaik sahaja dia sampai, satu susuk tubuh yang sedang melambai kearahnya dituju Saera.

"Ya, Allah kak Fhia. Lamanya tak jumpa." kata Saera sambil meluru memeluk kearah seorang wanita yang sedang sarat mengandung itu.

Selepas berpelukan dan melepaskan semua kata rindu, mereka mula berbual tentang topik yang tertentu.

"Saera buat apa sekarang? Masih belajar ke? Atau sudah bekerja dengan papa Saera?" soal kak Fhia.

Sememangnya kak Fhia adalah sedara jauh kepada papa, dan kira mereka ni berkeluargalah.

Segelas air diatas meja diusik tanpa diminum. Senyuman kelat diberinya.

"Saera dah habis belajar. Sekarang ni Saera tengah cari kerja. Saera tak kerja dengan papa sebab Saera nak berdikari" luah Saera.

Kak Fhia hanya tersenyum dengan penuh makna. Dengan sekali nafas, kak Fhia mencadangkan Saera untuk bekerja sebagai PA menggantikannya.

"Betul ke ni kak? Kak Fhia serius nak ambil saya bekerja? Saya tak ada pengalaman tau. Macam mana? Ok, ke?"

Teruja betul Saera selepas ditawarkan pekerjaan.

"Ya, kak Fhia serius. Tak apalah, pengalaman tu boleh diasah. Kalau kak Fhia tak tawarkan pekerjaan ni dekat kamu sebab kamu tak de pengalaman, siapa lagi yang nak ambil kamu bekerja selain papa kamu?"

KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]Where stories live. Discover now