12 🌹 ;

618 19 0
                                    

Selama beberapa jam duduk didalam kereta, Saera sudah mula rasa bosan.

Saera menoleh kearah Idham yang sedang tidur sambil memakai kaca mata hitam.

Control macho lah tu. Menyampah pula.

Wajah Idham ditenung lama. Tiba-tiba idea jahat muncul dalam kepala Saera.

Sebatang whiteboard marker dikeluarkan dari dalam beg. Penutup marker itu dibuka.

Tibalah pembalasan dendam. Saera sudah mula mahu melukis diwajah kacak milik Idham, tiba-tiba tangannya dicengkam Idham. Terkejut Saera dibuatnya.

"Awak nak buat apa?"

Terkejut tak terkata Saera. Dia cepat-cepat menyembunyikan whiteboard marker tadi kedalam beg.

Idham pantas merampas marker tersebut dari tangan Saera.

"Err.. Err..sa..saya.. Tak buat apa-apa pon. Saya nak melukis muka Tuan atas kertas. Sebab tu saya pandang dekat-dekat tadi" tipu Saera.

"Awak nak conteng muka kacak saya kan?" teka Idham. Gelabah tak bertempat Saera. Takut.

Tiba-tiba sahaja Idham mendapat idea dan melemparkan senyuman sinis. Lalu teningnya dijongket sebelah.

Idham menarik wajah Saera dengan memicit pipi Saera dekat dengan wajahnya.

Kali pertama mata mereka bertentangan begitu dekat. Hampir tersentuh hidung mereka.

Idham tersenyum. Lalu marker tadi dibuka dan mula menconteng wajah Saera.

"Tuan! Apa yang Tuan buat ni? Tolonglah, lepaskan saya. Tuan!" jerit Saera meronta-romta dan meminta pertolongan dari si pembuat kacau.

Selepas puas Idham menconteng wajah cantik Saera, dia melepaskan Saera.

"Tuan!" jerit Saera kuat. Terkejut dia bila lihat dirinya di cermin.

"Hodohnya!" kata Saera tak puas hati pada dirinya sendiri.

Pak Man pemandu Idham juga turut ketawakannya.

Paha Idham dicubit beberapa kali.

"Aduh, aduh. Sakitlah"

"Padan muka. Siapa suruh conteng muka saya macam ni sekali?"

"padan muka awak. Idea siapa yang nak conteng muka orang tu?"

"Eleyh, dia kenakan kita boleh. Kita nak kenakan dia tak boleh. Kedekut"

"Siapa kedekut. Saya ni bos awak. Awak tu PA saya. Mana boleh pekerja kenakan bos."

"eleyh. Tak habis-habis dia bos, saya pekerja. Mana ada bos buli pekerja macam yang Tuan buat"

Sambung Saera. Tak nak kalah betul ni. Lantang betul Saera berkata-kata. Lidahnya lagi tajam dari pedang.

"suka hati sayalah"

"Suka hati sayalah" ajuk Saera tak puas hati.

KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]Where stories live. Discover now