33 🌹 ;

426 12 0
                                    

Terkejut semua ahli keluarga Saera selepas melihat bilik wadnya kosong.

"Mama, mana angah?" soal Hatta.

Datin Rosel lagi terkejut. Mana pula perginya Saera?

"Dia ke tandas kot. Cuba kamu periksa, Hatta" arah Dato' Hisyam.

Berkali-kali Hatta mengetuk pintu bilik air. Tetapi masih tiada respon.

"Tak ada respon pon." kata Hatta.

Tidak lama kemudian, Idham yang tadinya balik sekejap untuk menyalin pakaian sudah pun tiba.

"Eh? Semua ada? Mana Saera?"

"Entahlah, dari tadi kami cari tak jumpa. Dia tu dahlah sakit. Merayau je kerjanya." balas Datin Rosel risau.

"Yakah? Huh, sebelum tu, doktor ada beritahu dia dah boleh pulang petang ni"

Datin Rosel dan suaminya menghembus nafas lega.

"Abang, abang nampak angah?" soal Hatta.

"Tak. Dia buat lagilah ni"

"Apa maksud kamu 'dia buat lagi'?"

"Tak, sebelum ni dia pun pernah tak ada dalam bilik wadnya, masa saya balik kesini. Puas saya mencari satu hospital, tapi tak jumpa. Bila balik ke wadnya semula, dia tengah duduk makan makanan tengah hari dia" jelas Idham.

"Dia buat macam tu?"

"Ya, allah.. Budak ni memang tau. Tahu diri tu tak sihat, merayap je kerjanya"

Hatta yang dari tadi senyap menghemburkan gelak tawanya. Lucu rasanya.

Sedang mereka sibuk berbual-bual memarahi Saera, entah dari mana Saera muncul dihadapan pintu.

Semua mata menumpu kearah Saera yang melangkah masuk kedalam wadnya dengan muka selamba.

"Ish. Budak bertuah ni kan. Kalau mama ikat kaki kamu tu, baru tau. Merayap je kerjanya. Kamu tahu kamu sakit kan?"
Bebel Datin Rosel.

"Bukannya angah kemana-mana pun" balas Saera selamba.

"Angah. Semua orang risau pasal angah tau.  Boleh pula angah cakap tak kemana-mana?" celah Hatta.

Saera tersenyum sumbing selepas dimarahi oleh semua secara bergilir-gilir.

"Dah, dah. Saera pergi atas bumbung tadi...."

"....angah buat apa? Angah tak buat benda yang bukan-bukan kan?"

Tak sempat Saera nak jelaskan Hatta sudah memotong Q.

"kau ni kan. Kalau aku tikam kau kejap lagi, baru kau tahu. Gila ke apa aku nak buat benda yang bukan-bukan? Kalau ya pun, tu semua sebab kaulah"

"Eah? Kenapa Hatta pula kena?"

"Yalah, angah tak tahan dengan kau. Sikit-sikit itu, sikit-sikit ini. Mengadu je kerja kau kan?" bebel Saera.

KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]Where stories live. Discover now