37 🌹 ;

436 11 0
                                    

Saera memandang lama wajah Idham.

"Abang, abang tak cakap dengan saya pun abang ada rumah sendiri"

Idham berpaling kepalanya daripada fokus memandu.

"Saja abang tak beritahu. Nak buat surprise" balasnya dengan senyuman.

"selama ni abang memang dah ada rumah sendirilah? Tapi, kenapa abang tak tinggal dekat rumah abang tu? Kenapa tinggal dengan mama dan papa?"

Bertalu-talu soalan yang diajukan oleh Saera kepada suaminya.

Siapa suruh tidak berterus terang dari awal? Nak tak nak terpaksa tadah telingalah dengan soalan-soalan itu.

Dengan tenang Idham menjawab satu persatu soalan-soalan isterinya.

30 minit perjalanan menuju kerumah baru Idham. Rumah itu agak jauh dari rumah keluarga Saera. Namun, ia dekat dengan tempat kerja Idham.

Satu rumah banglo tiga tingkat yang bertemakan moden itu menarik perhatian Saera sejak dari mula memasuki perkarangan taman perumahan itu.

"Cantiknya rumah tu! Moden! Wahhh" keterujaan Saera tidak dapat disembunyikan lagi.

Bahu Idham menjadi tempat untuk melepas keterujaannya.

"Aduh, sakitlah" kata Idham. Dia hanya tersenyum melihat telatah isterinya itu.

Tidak lama kemudian, Idham meberhentikan kereta betul-betul dihadapan rumah yang disebutkan oleh Saera tadi.

"Err.. Abang. Apa kita buat dekat rumah orang ni?" soal Saera agak cemas.

Mana taknya, kalau berhenti dihadapan rumah banglo itu, fahamlah lagi kalau kita nak menziarah. Tapi,, ini.

Berhentikan kereta didalam garaj rumah banglo itu. Hairan bagi Saera.

"kita turun dulu"

Dengan pemikiran yang masih keliru, Saera hanya mengikuti sahaja belakang suaminya memasuki rumah itu.

'pelik. Kenapa tak ada orang? Mungkin ini rumah sedara mara dia tak.'

Saera tidak berhenti menerapakan sifat positif didalam fikirannya.

Tak mahulah dia bertindak melulu pula.

*****

"Abang. Dah satu rumah kita pusing. Tak ada sesiapa pun. Ini rumah siapa?"

Idham mencapai lengan kanan Saera lembut.

"Ini. Rumah kitalah" balasnya ringkas, tapi dengan penuh ikhlas.

Saera terhenti seketika. Seolah-olah otaknya sedang me loading sesuatu.

"Haih, tak mungkinlah rumah sebesar ini rumah kita" balas Saera tidak mempercayainya.

Idham menayangkan riak tenang. Dia sudah menjangkakannya.

"Ikut saya" tangan kanan Saera ditarik lembut ileh Idham. Dia memaksa Saera untuj kesuatu tempat dengannya.

KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]Where stories live. Discover now