Saera duduk dimeja makan dan merenung lauk yang dimasaknya. Sudah sejuk lauk pauk itu.
Selepas selesai berbual dengan Isma. Dia sudah dapat tahu, apa yang perlu dilakukannya.
Satu hembusan nafas dilepaskan tanda dia mahu menenangkan dirinya.
Bilik bacaan suaminya dituju.
Dengan lembut dia mengetuk pintu bilik bacaan itu.Kali pertama mengetuk tiada jawapan. Kali kedua juga tiada jawapan dari Idham.
Dia membuka pintu bilik itu dan melihat Idham sedang khusyuk dengan kerjanya.
Perlahan-lahan dia menghampiri Idham.
"Abang.. Abang marahkan saya ke?" soal Saera.
Idham hanya diam.
"Maaflah kalau sebab petang tadi. Bukannya saya tak nak beritahu abang. Cuma, saya.. Saya takut abang fikir yang bukan-bukan. Bila dah jadi macam ni, saya sedar. Saya sedar yang saya perlu jujur dengan abang" kata Saera panjang lebar mengaku kesalahannya.
Ikhlas dari hatinya dia meminta maaf.
Dia menoleh kearah Idham. Idham langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi.
Saera menunduk. Dia merenung lantai. Tiba-tiba air matanya mengalir. Dia betul-betul kesal atas perbuatannya.
"Sa..saya minta maaf.. Iskk..isk.. Saya janji, saya tak akan bercakap atau apa pun dengan lelaki lain" kata Saera berjanji. Teresak-esak dia.
Idham tersentak. Dia memandang isterinya yang berdiri dibucu sambil menunduk kearah lantai.
"Shh..shh.. Sayang menangis ke?"
Cepat-cepat Saera mengesat air matanya menggunakan hujung lengan baju.
Idham berjalan mendapatkan isterinya.
"Dah..janganlah nangis. Abang cuma tak suka bila sayang berahsia dengan abang. Abang nak sayang berterus terang dengan abang boleh? Abang pun akan buat perkara yang sama"
Saera mengangguk perlahan. Air matanya mengalir dengan semakin laju.
Idham memeluk erat badan kecil Saera. Saera mengesat air matanya menggunakan baju yang dipakai suaminya itu.
"Amboi. Lap air mata dekat baju abang?"
Saera tersenyum manis.
"Abang dah maafkan saya ke?"
"Maaf? Kenapa abang nak kena maafkan?"
Saera mencebik. Eii,, main-main pula suaminya itu.
"Kalau nak abang maafkan, sayang kena kiss abang dulu" kata Idham sambil menanyangkan wajah comel.
Alala,, wajah comelnya memang limited. Hanya Saera seorang yang boleh melihatnya. Beruntung dia dapat suami yang romantik, penyayang, pemaaf. Lagi apa? Handsome, tinggi, berkerjaya.
Uii! Dah dah lah tu puji suami orang.
Saera hanya melihat sahaja Idham merendahkan dan menayangkan muka comelnya betul-betul dihadapannya. Al maklumlah, Saera rendah.
"Cepatlah" rengek Idham sambil memejamkan matanya.
Saera merenungnya lama. Comel. Tanpa membuang masa satu kucupan yang pantas hinggap dibibir cantik milik Idham. Bentuk bibir macam Lee Min Ho. Siapa yang tak cair bila lihat? Hehehe
Selepas memberi satu kucupan dibibir Idham, Saera berlari pantas meninggalkan suaminya kerana malu.
Idham terkelu. Perlahan-lahan matanya dibuka. Bibirnya mula tersenyum suka.
Tak percaya. Dia memegang bibirnya yang baru sahaja dicium Saera buat kali pertama.
"Dah tak marah. Semakin sayang ni" kata Idham teruja.
Dia menjerit memanggil isterinya manja lalu mengejar isterinya kedapur.
🌹🌹🌹
Saera menyediakan sarapan pagi. Menu sarapan pagi itu adalah nasi goreng dan teh o panas.
Selepas mencedok nasi goreng keatas pingan suaminya dia mula berbicara.
"Abang, saya ada benda nak cakap ni"
"apa dia?"
"Tak, si Hatta tu, sibuk nak datang sini. Boleh ke?"
Idham mengalih pandangannya.
"Bolehlah. Bila-bila masa je. Hah, abang pun ada bemda nak beritahu sayang"
Saera sekadar meng'hmm' sahaja.
"Abang dah book ticket honeymoon kita cuti sekolah bulan depan. Sayang ok tak?"
"saya ok je. Kita honeymoon dekat mana?" soal Saera ingin tahu. Idham hanya tersenyum.
"Adalah. Rahsia. Bila dah sampai sana, sayang tahulah" balas Idham.
Saera tersenyum teruja.
Mereka pergi kerja bersama dengan menaiki satu kereta. Memandangkan Saera tiada kereta, Idham akan menghantar dan mengambilnya dari kerja.
Namun, kejadin semalam masih menganggu fikiran Idham. Tidak tenang dibuatnya. Manalah tahu kalau perkara itu berulang lagi?
"Nanti abang amik sayang"
"saya lupa nak beritahu abang. Lepas kerja nanti, saya nak keluar berjumpa dengan Isma. Nanti dia ambil saya balik kerja. Boleh?"
Idham hanya mengangguk.
"betul ni dengan Isma?"
"Ya. Betul"
Saera turun dari kereta Idham selepas menyalami tangan suaminya.
🌹🌹🌹
Suasana didalam bilik pejabat Idham sungguh sunyi. Tak seperti selalu. Biasanya bising kerana Saera bekerja disitu.
Idham memanggil PA barunya masuk kedalam biliknya.
"Ada apa Tuan?"
"Saya nak minta tolong awak sikit. Tapi ini hal peribadi, boleh?"
"Boleh Tuan"
Idham membincangkan sesuatu dengan PA barunya yang dikenali sebagai Firdaus. Perbualan itu kelihatan agak serius.
Nampaknya Idham percaya dengan Firdaus sehingga boleh meminta tolong sesuatu mengenai hal peribadi.
Idham dan Firdaus sememangnya sudah mengenail antara satu sama lain. Firdaus adalah adik kepada kak Fhia.
🌹🌹🌹
YOU ARE READING
KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]
Romance"ISH.. Ada je benda yang dia ni suruh aku buat kan? Harap je muka handsome.." - WANY HASAERA 🔹🔸🔹🔸🔹 "COMEL. Puas hati aku bila dapat kenakan dia. Tulah, mulut tu lancang betul menjawab apa yang aku katakan?" - TENGKU IDHAM ASYRAF 🔸🔹🔸🔹🔸 "KEN...