31 🌹 ;

455 14 0
                                    

"Marilah kita balik, dah lewat sangat dah ni. Esok kita datang lagi" kata Dato' Hisyam kepada isterinya.

"Yalah. Aunty dengan uncle baliklah dulu, berehat. Mama dengan papa pun. Kita yang sihat ni kenalah jaga kesihatan, baru boleh jaga orang sakit" kata Insyirah setuju dan memberikan sedikit kata-kata semangat.

"Tak apa, biar Asy je yang teman Saera"

"Boleh ke? Kamu mesti penat." ujar Dato' Hisyam risau.

"Tak apalah, saya okay je. Lagi pun saya nak tunggu sampai dia sedar. Semua baliklah dulu, ya?"

"Baiklah, kami balik dulu. Kalau ada apa-apa, jangan lupa call" pesan Datin Suraya.

"Asy, tolong jagakan anak aunty ye? Kalau ada apa-apa call aunty." pesan Datin Rosel lemah.

Idham hanya mengangguk faham sahaja. "Yalah, aunty jangan risau"

Idham menghantar mereka sehingga pintu utama hospital sahaja. Selepas itu, dia hanya melihat dari jauh keluarganya pulang kerumah.

Semalaman dia duduk dan menunggu Saera sedar. Alhamdullilah Saera sudah dipimdah kewad biasa.

Keadaannya juga semakin stabil.

🌹🌹🌹

"Tak sangka, kamu boleh buat semua ni? Kamu ni memang dah tak betul" marah Encik Firdaus kepada Rizal.

Rizal kelihatan tidak terurus di balai polis. Dia risau dan rasa serba salah pada Saera yang ditikamnya.

"Pa..ma..macam mana dengan Alyssa pa? Dia ok? Rizal nak pergi lihat dia" ujar Rizal, masih lagi beranggapan Saera adalah isyerinya.

Encik Firdaus terkejut lalu mengucap banyak kali.

"Astagfirulla al'azim. Kamu masih ingat dia Alyssa? Alyssa dah meninggal nak. Kamu sendiri yang kebumikan dia. Sedarlah nak. Saera bukan Alyssa" rayu Encik Firdaus agar anaknya melupakan Saera.

Rizal hanya duduk diam sahaja.
"Tak, tak. Rizal nak pergi tengok dia. Rizal nak tahu keadaan dia. Buka gari ni!" ronta Rizal.

Luluh hati Encik Firdaus apabila melihat anaknya yang terlampau obses dengan Alyssa. Isyeri Encik Firdaus tidak berhenti mengalirkan air mata sebak.

"Saera selamat dibedah. Keadaan dia pun dah stabil" celah Anieq tiba-tiba.

Anieq dan Isma pergi kebalai polis untuk menjadi wakil memberi keterangan.

Rizal terkejut dengan berita baik yang disampaikan Anieq. Dia lega Saera tidak apa-apa.

Tetapi, dia masih berdegil mahu melihat sendiri Saera dengan mata kepalanya.

Berkali-kali dia meronta minta dilepaskan.

"Enough! Kau duduk situ diam-diam. Kalau Saera sedar pun, dia tak hingin nak tengok muka kaulah, lepas apa yang kau dah buat pada dia! Yang kau terlalu obses sangat ni kenapa? Apa masalah kau? Kau tak dapat terima takdir yang isteri kau dah meninggal? Tolonglah sedar diri tu" tengking Isma tiba-tiba dan mengejutkan semua orang.

KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]Where stories live. Discover now