SPECIAL PART: (3) 🌹

410 10 0
                                    

"Sayang!"

Suara Idham bergema diseluruh ruang bilik, gelisah dibuanya.

Dengan gopoh dia menacari isterinya didalam hospital.

Idham berhenti apabila melihat isterinya yang sedang terlantar diatas katil. Pantas dia mendapatkan isterinya.

"ya allah sayang sayang ok ke?" soal Idham risau.

Saera yang baru sahaja sedar menganguk kepala perlahan. Air matanya mula mengalir perlahan.

"mana anak kita?" soal Saera lemah.

"Syafiq ada dengan Isma dekat luar. Tidur"

"ni, macam mana boleh berlaku ni? Sayang tahu abang macam nak gila bila tahu sayang hilang tau" kata Idham sambil mengenggam erat tangan isterinya.

Saera hanya tersenyum nipis.
"eleyh ye ke?"

"haih. Dia boleh bergurau lagi? Ya lah. Abang risau. Syafiq pun tak henti cari mamanya" Idham mencebik mahu merajuk.

"setia juga abang ni. Ingatkan dah mula cari ibu kedua Syafiq" gurau Saera. Besar gelak dia.

Idham menjeling dengan gurauan isterinya. Tiba-tiba satu idea muncul untuk menyakat isterinya kembali.

"abang suka je, tak kesah. Sayang ok ke abang cari ibu kedua Syafiq?" soalnya.

Saera mengerut dahi geram. Lengan suaminya dicubit-cubitnya bertalu-talu.

"sakitlah"

"hah. Tahu pun sakit. Gatal, ada hati nak cari yang lain. Abang dah tak sayang sayang lagi ke? Sampai hati. Dah lah" kali ni giliran Saera pula untuk merajuk.

"halah, abang kahwin betul-betul baru tahu" sempat lagi Idham ni.

Saera dah tak boleh tahan, dia bingkas bangun lalu menyinsing lengannya mahu pukul Idham.

"Nampak ni. Sayang cabut nanti. Menyesal abang" ugut Saera sambil menunjuk kearah tiub titisan intravena pada tangannya.

Idham tersengih lalu cepat-cepat memeluk baran kecil Saera.

"alah lah.. Merajuk pula dia. Abang gurau je lah. Tak akanlah abang berani nak menduakan sayang kot. Ish tak beranilah" kata Idham cuba menenangkan isterinya.

Saera hanya menjeling. Tak lama itu dia tersenyum melihat Idham yang gigih memujuknya.

🌹🌹🌹

Tiga hari Saera diwad. Akhirnya dia sudah dibenanakan pulang.

Syafiq dipeluk ciumnya lama. Rindu dengan anak sorangnya itu.

"Sayfiq pergi mana dengan papa tadi?" soal Saera memulakan perbualan dengan anaknya.

"beach" balas Syafia teruja.

"sayang suka pergi beach ya?"

Syafiq mengangguk kecil. Mainan ditangannya dipegang erat.

KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]Where stories live. Discover now