36 🌹 ;

438 13 0
                                    

"Haih kau ni, kalau tak lambat memang tak boleh eah?" sindir Qayyum.

Hampir satu jam dia menunggu Tiara di cafe. Masuk kali ini, sudah empat kali dia memesan minuman.

Tiara berlari terkedek-kedek mendapatkan rakannya itu.

"Maaflah. Anak aku meragam tadi"

Qayyum menjeling menyampah. "Tak habis lagi dengan anak kau. Mana dia? Kau tak bawa dia ke?"

"Tak. Aku tinggalkan dia dengan maid aku. Ha, asal kau nak jumpa aku ni?" soal Tiara tergesa-gesa.

"Hei,, rileklah.. Yang kau tergesa-gesa sangat ni dah kenapa?"

"Yelah. Kang nanti anak aku terjaga, cari aku. Kan susah"

Qayyum tergelak kecil. Baru dia tahu betapa susah bila sudah mempunyai anak kecil.

"Cakaplah. Apa yang kau nak beritahu tu?"

"Kau ingat lagi ex-girlfriend aku dulu yang aku cerita pada kau?" soal Qayyum.

"Siapa? Saera ke?"

Qayyum mengangguk. Betullah tu.

"Kenapa dengan dia?"

Qayyun terdiam. Berat hatinya mahu memberitahu.

"Dia dah kahwin. Baru je" balas Qayyum ringkas.

Tiara menanyangkan wajah hairannya. Apa masalah rakannya itu. Pelik perangainya.

"Dah tu? Apa masalahnya dengan kau?"

Qayyum tidak membalas. Dia merenung gelas air dihadapannya.

"Dia nikah dengan Idham"

Tiara terkejut.

Apa? Idham? Saera?

"Asal kau terkejut sangat ni? Bukan ke kau tahu Idham dah nak kahwin dulu?"

"Y..ya.. Tapi, Saera? Dengan ex kau?"

"Apasal ni? Cuba cerita"

"Aku memang tahu dia nak kahwin. Tapi, aku tak tahu dngan Saera. Patutlah aku macam pernah dengar nama Saera dirumah dia hari tu" ujar Tiara.

Qayyum melepaskan tawanya. Tidak percaya. Kecil betul dunia ni. Tak akanlah semua itu berlaku secara kebetulan.

"Habis tu? Kau still ada perasaan dengan dia lagi ke?" soalnya kepada Tiara.

Tiara senyap membisu.

"Habis, kau? Kenapa kau sibuk sangat pasal Saera? Kau masih simpan perasaan ke?"

Masing-masing terdiam dengan soalan yang diberikan oleh satu sama lain.

Tak terjawab mereka.

🌹🌹🌹

Suasana di majlis pernikahan Saera dan Idham sungguh meriah. Dengan kehadiran sedara-mara, rakan-rakan dan tetamu rapat.

KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]Where stories live. Discover now