Saera masuk kedalam sebuah kedai jam tangan yang menarik perhatiannya di dalam sebuah pusat membeli belah.
Lama juga dia menilik jam-jam yang berada disitu. Susah mahu memilih.
Selepas menghabiskan masa selama setengah jam didalam kedai itu, Saera keluar dari kedai dengan perasaan gembira.
Senyumannya tidak lekang dari terukir di bibir.
Sedang dia berjalan menuju ke lobi utama pusat membeli belah itu, langkahnya terhenti. Badannya seolah-olah kaku.
Matanya merenung lama kesuatu tempat.
"Itu... Itu bukan Idham ke?" bisiknya perlahan. Matanya tidak lepas memandang seorang kelaki yang sedang duduk disebuah meja makan bersama seorang wanita
Perasaan Saera mula terguris selepas melihat wanita itu memegang tangan lelaki yang disyaki suaminya.
Selepas memerhati dengan teliti, itu memang suaminya. Saera terkejut. Hampir pengsan dibuatnya.
"eah? Saera? Kenapa ni? Awak ok tak ni?" soal Qayyum yang sempat menyambutnya daripada jatuh pengsan.
Saera mengangguk kepalanya. Tangan kanannya memegang dahi. Secara tiba-tiba air matanya gugur.
Dengan menggunakan kekuatan yang tinggal, dia sambung melihat suaminya bersama wanita itu.
Kali ini, hati Saera betul-betul seperti dirobek beberapa kali dimana, Idham kelihatan mesra dengan menepuk beberapa kali belakang tangan wanita tadi.
"Awak ok tak?" soal Qayyum. Risau melihat keadaan Saera. Nasib baik dia kebetulan lalu dikawasan itu. Sempatlah dia sambut Saera dari jatuh kelantai.
Saera tidak berhenti menanggis lalu berpaling kebelakang. Tak sanggup nak lihat lagi. Sudah cukup itu membuatkan hatinya berkecai.
Qayyum berasa kasihan. Dia kelihatan binggung dengan situasi. Seakan dia tidak tahu apa yang sudah terjadi sebenarnya.
Sapu tangan kecil berwana kelabu dikeluarkan dari poket jaketnya lalu dihulurkan kepada Saera.
Saera mencapai tanpa berkata apa-apa.
Tiba-tiba talefonnya berdering. Dan nama Idham tertera pada skrin talefonnya. Dengan hati yang sudah nyawa-nyawa ikan, dia menghiraukannya sahaja.
Fikirannya kusut.
Tanpa berfikir panjang, Saera terus berlari meninggalkan Qayyum menuju ke keretanya
*****
Saera tidak pulang kerumahnya, disebaliknya dia pergi kerumah Isma dan Anieq yang tidak jauh dari rumahnya.
Sebaik sahaja turun dari keretanya, Saera lemah dan disambut oleh Isma yang sudah menunggunya datang diluar rumah dari tadi lagi.
"Ya allah, Saera. Kau ok tak ni? Kenapa? Apa yang berlaku? Kita masuk dulu" ujar Isma sambil memapah Saera masuk kedalam rumahnya.
Anieq hanya memerhati dari jauh. Risau juga dia. Apa yang dah berlaku?
"Aku call Idham jap"
YOU ARE READING
KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]
Romance"ISH.. Ada je benda yang dia ni suruh aku buat kan? Harap je muka handsome.." - WANY HASAERA 🔹🔸🔹🔸🔹 "COMEL. Puas hati aku bila dapat kenakan dia. Tulah, mulut tu lancang betul menjawab apa yang aku katakan?" - TENGKU IDHAM ASYRAF 🔸🔹🔸🔹🔸 "KEN...