6 🌹 ;

663 19 0
                                    

Nasib baiklah alamat rumah Idham ni tak susah sangat nak cari sebab Isma tahu jalan rumahnya berdasarkan alamat. Kalau tidak, mahu beberapa jam dibazirkan untuk cari rumah dia.

Tidak lama kemudian, Isma memberhentikan kereta dihadapan sebuah rumah. Ikutkan alamat, betullah itu rumah Idham.

Saera keluar dari perut kereta Isma. Sebelum dia masuk kedalam perkarangan rumah Idham, dia sempat mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada Isma.

"Ok. Bye. Kalau ada apa-apa call aku je"

"Ha, yalah"

Baru sahaja mahu Saera melangkah masuk kedalam perkarangan rumah Idham untuk memberi salam, seseorang menegurnya.

"Hai.."

"...Saya Rizal. Mikael Rizal. Awak?"

"Err.. Hai.. Saya Wany Hasaera. Panggil Saera je" balas Saera tidak selesa.

"Owh. Sedap nama tu, saya suka. Awak buat apa dekat sini?" soal Rizal ingin tahu.

Saera mempamerkan wajah tidak selesa. Tapi, kalau tak jawab nanti kata sombonglah, apalah. Layankan je lah.

"Saya tunggu seseorang" balas Saera ringkas.

Rizal mengangguk faham. Dia hanya melemparkan senyuman sahaja kepada Saera. Saera yang tidak selesa itu menggaru-garu belakang kepalanya

Tiba-tiba satu suara yang entah dari mana datang mencelah.

*****

Idham mendengar bunyi kereta diluar rumah keluarganya. Dia sudah boleh agak itu mesti Saera.

Tingkap yang berhadapan dengan luar rumah ditujunya. Dia dapat melihat Saera keluar dari kereta itu sehinggakan....

Sehinggakan Rizal datang menyapa.

"Apa yang dia nak buat tu?"

Soal Idham. Dia memerhatikan cara Rizal bercakap dengan Saera. Saera pula, memang tak pandai nak berlakon. Tingkah laku dan reaksi wajahnya yang jelas sekali menunjukkan yang dia tidak selesa dengan Rizal.

"Dia tak nampak ke Saera tak selesa dengan dia? Tak boleh jadi ni"

Selepas bersiap-siap dan menyembur minyak wangi disegenap bahagian tubuh badan, dia mengambil semua barangnya dan keluar dari rumah. Begnya diletakkan diatas meja makan sebelum keluar.

Idham berjalan perlahan kearah Saerah dan Rizal yang sedang berbual-bual. Dengan wajah selambanya Idham mencelah perbualan itu.

"Sayang"

Perkataan 'sayang'  muncul dari mulut Idham. Panggilan itu  membuatkan Saera dan Rizal tersentak.

Saera dah mengerutkan dahinya. Seram sejuk dibuatnya. Apa masalah lelaki ini?

"Sayang buat apa ni? Kenapa tak masuk? Lama abang tunggu tau" kata Idham sambil merangkul pinggang ramping Saera.

Badan Saera kaku. Jelas sekali dia terkejut. Matanya terbeliak besar. "dia ni dah kenapa?" bisik Saera sendiri.

"Saya nak masuk tadi" entah kenapa mulut Saera ringan sangat nak membalas kata-kata Idham.

KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]Where stories live. Discover now