Hari pertama bekerja sebagai ketua pereka disyarikat bapanya sangat menyeronokkan. Barulah betul. Usahanya menghabiskan pembelajaran dalam bidang pereka tidak sia-sia.
"Masuk"
Arah Saera selepas pintu pejabatnya diketuk.
"Puan Saera, ini fail yang Dato' Hisyam suruh saya serahkan pada Puan" kata seorang pekerja perempuan sambil menhulurkan sebuah fail kepada Saera.
"Baiklah"
Sebaik sahaja pekerja itu beredar, Saera memulakan kerjanya yang pertama dengan senang hati.
🌹🌹🌹
Dipejabat Dato' Hisyam didatangi oleh Hatta dan Wan.
Mereka berbual-bual tentang kerja dan ada masanya selit dengan hal peribadi.
"Ha, angah dah masuk kerja ke?" soal Hatta ingin tahu.
Wan yang mendengar itu juga menadah telingga ingin tahu.
"Dah. Pergilah jengah angah dekat dalam pejabat dia tu. Lepas dia berkahwin kamu tak jumpa dia lagi kan? Hah, sekarang ni dia dah bekerja dekat sini, setiap harilah kita berjumpa" kata Dato' Hisyam bergurau.
Wan dan Hatta tersenyum sahaja.
"apa kata kita pergi rumah dia nak? Sejak dia berpindah kita tak pergi lagi kan?" kata Hatta mengajak bapa dan abangnya.
"along ok je"
"papa pun. Tapi kena beritahu dia dulu. Kang nanti main terjah dia marah pula."
"ya, baiklah."
*****
Sebelum masuk kepejabat, Hatta singgah di bilik kakaknya. Saja mahu menjengah perempuan itu.
"angah!" jerkah Hatta tanpa mengetuk pintu.
Saera yang sedang khusyuk melukis pelan itu terkejut lalu menjadi comot lukisannya.
"Hatta! Kau tak pandai ketuk pintu dulu ke? Tengok dah comot" marah Saera. Kotak tisu yang elok terletak diatas mejanya dibaling tepat kearah Hatta.
"sorrylah"
"ada apa datang?"
"nak kena ada sebab ke Hatta datang sini? Hatta datang sebab nak tengok angah lah. Dah lama tak jumpa kan?" kata Hatta.
Saera tersenyum tidak percaya. "Ya je kau ni"
"Yalah. Tak baik tau meragui adik sendiri." Hatta mencebik.
Saera hanya menjeling. Matanya fokus pada kerjanya sahaja. Hanya telingga yang memainkan peranan.
"Angah.."
"hmm"
"Hatta plan, Hatta dengan along, papa, dan mama nak datang rumah angah. Boleh?" kata Hatalta menyendeng-nyendeng.
YOU ARE READING
KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]
Romance"ISH.. Ada je benda yang dia ni suruh aku buat kan? Harap je muka handsome.." - WANY HASAERA 🔹🔸🔹🔸🔹 "COMEL. Puas hati aku bila dapat kenakan dia. Tulah, mulut tu lancang betul menjawab apa yang aku katakan?" - TENGKU IDHAM ASYRAF 🔸🔹🔸🔹🔸 "KEN...