Idham masuk kedalam pejabatnya. Dia berasa hairan, fail-fail yang disuruh Saera untuk ambil masih tiada diatas mejanya.
Lamanya cari? Susah sangat ke?
Talefon dicapai lalu mendail nombor talefon Saera.
Bunyi deringan talefon Saera kedengaran dimeja kerja Saera. Idham berjalan pantas mendapatkan talefon Saera.
"Mana dia pergi ni? Talefon tak bawa"
Fikiran positif diterapkan didalam kepala otak Idham.
Dia membuat andaian bahawa Saera ketandas atau masih mencari fail.
20 minit masa tambahan yang diberikan untuk Saera mencari fail-fail itu.
Idham kebali ke pejabatnya dan sambung kerjanya yang bertimbun.
Sedar tak sedar masa 20 minit berubah menjadi 1 jam. Khusyuk sangat dengan kerja. Dia memandang keluar tingkap pejabat. Saera masih tiada ditempatnya.
Sepatutnya 20 minit yang lepas dia dah muncul depan Idham.
Idham semakin risau. Apalah agaknya yang sedang berlaku ni.
Idham berjalan menuju ke arah pekerjanya yang lain. Abang Shah yang sedang sibuk membuat kerja itu dipanggail.
"Shah. Kau ada nampak PA aku tak? Dah dekat dua jam dia tak muncul-muncul lagi ni."
"Entahlah Tuan. Kali terakhir aku nampak Saera pon sebelum lunch. Katanya nak cari fail. Itu jelah. Dia terus pergi selepas tanya aku bilik fail dekat mana. Lepas aku tunjukkan, aku pesanlah dekat dia supaya hati-ha.... Hah! Mungkin dia terperangkap dalam bilik fail kot. Sebab, aku ada pesan dekat dia supaya hati-hati dengan pintu. Pintu bilik tu dah rosak" hujah Abang Shah panjang lebar.
Riak wajah Idham mula berubah. Dia terus berlari kebilik fail.
Pintu bilik itu dibuka berkali-kali, namun tidak boleh buka. Diketuk dan diterajang pintu tu.
"Saera? Awak dekat dalam ke? Jawab saya Saera. Saera?!"
Tanpa membuang masa, pintu bilik itu terpaksa dipecahkan. Dengan dua kali percubaan, pintu itu pecah kali yang ketiga.
Suasana dalam bilik itu sangat gelap. Baru Idham teringat akan kata-kata Saera yang takutkan gelap.
Dia membuka lampu suluh pada talefonnya dan menyuluh bilik gelap itu.
Alangkah terkejutnya selepas melihat sekujur tubuh diatas lantai itu adalah Saera.
Dia cuba mengejutkan Saera, namun gagal. Muka Saera kelihatan begitu pucat dan tak bermaya. Pipinya lembab, mungkin akibat menangis agaknya.
Dia mengangkat badan kecil Saera masuk kedalam pejabatnya lalu dibaringkan diatas sofa.
Tidak lama kemudian, doktor peribadi Idham tiba.
"Dr. Sani, macam mana dengan keadaan dia? Dia okay ke?"
Dr. Sani menepuk bahu Idham perlahan.
YOU ARE READING
KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]
Romance"ISH.. Ada je benda yang dia ni suruh aku buat kan? Harap je muka handsome.." - WANY HASAERA 🔹🔸🔹🔸🔹 "COMEL. Puas hati aku bila dapat kenakan dia. Tulah, mulut tu lancang betul menjawab apa yang aku katakan?" - TENGKU IDHAM ASYRAF 🔸🔹🔸🔹🔸 "KEN...