Idham yang baru saja tiba dilobi syarikatnya terserempak dengan Kak Fhia. Gaya kak Fhia kelihatan seperti sedang menunggu seseorang. Idham berjalan menuju ke arah PAnya dan bertanya.
"Kak Fhia. Kak Fhia buat apa dekat sini? Tak cuti ke? Kata nak cuti kan hari ni?"
"Tuan ni, banyak betul soalan. Kak Fhia tengah tunggu PA baru Tuan tu lah. Dia kata dia tengah beli sesuatu dekat dalam cafe tu"
Idham hanya mengangguk faham.
"Tuan nak naik kepejabat ke?"
"Taklah, saya nak beli barang wajib saya" balas sambil tersenyum gembira.
"Tak habis-habis"
Kak Fhia tersenyum manakala Idham tersengih malu.
*****
Cafe yang selalu dikunjungi oleh Idham ada ramai pelanggan pada hari itu. Idham cepat-cepat beratur dihadapan kaunter. Apabila tiba gilirannya, dia mula memesan.
"Give me a slice of red velvet cake" pesannya.
Tiba-tiba seorang pelanggan wanita menegurnya.
"Eah? Kita berjumpa lagi. Nampaknya awak lambat. Kek yang tinggal sepotong tu milik saya"
Eah? Apa ni? Dia sengaja kan nak kenakan aku?
Pelayan yang mengambil pesan Idham tadi berpatah balik dan memberitahu Idham bahawa kek yang dipesan sudah habis dijual.
Idham memandang kearah wanita itu. 'Amboi, bukan main gembira lagi ye dapat kek? Siap tunjuk dekat depan muka, aku lagi'
Sakit betul hatinya. Sebaik sahaja wanita tadi beredar dengan senyuman, Idham merenung kearah pelayan tadi.
"Lepas ni, saya nak awak simpankan sepotong kek red velvet, untuk saya. Boleh?" pesan Idham dengan nada yang sedikit meninggi.
Pelayan itu takut-takut mahu menjawab. Mana tak nya, Idham adalah anak pemilik syarikat dimana cafe dan gerai-gerai didalam syarikat itu adalah miliknya.
Dengan hati yang panas kerana tak dapat kek, Idham naik kepejabatnya dengan muka yang mengalahkan laki mati bini.
Kak Fhia yang dari tadi memegang sebuah fail berasa hairan melihat kelakuan bosnya.
"Haih, Tuan. Kenapa muka monyok je ni? Tak dapat kek ke apa?" teka Kak Fhia seakan-akan tahu maksud disebalik raut wajah Idham.
"Hmm.. Ada sorang perempuan ni, saya pernah terserempak dengan dia. Setiap kali terserempak dengan dia, dia dah setapak dekat depan, beli kek. Saya lambat. Yang saya tak tahan nya tu, dia siap menunjuk-nunjuk yang dia dapat kek tu. Eii geramnya, kalau saya dapat tu, siap dia saya kerjakan" kata Idham marah.
Kak Fhia tertawa kecil lalu mencuba untuk membuatkan Idham bertenang.
"Ini Resume PA baru Tuan. Kak Fhia nak bagi semalam, tapi kak Fhia lupa. Nah" ujar kak Fhia sambil menghulur fail resume kepada Idham.
Idham tertawa sendiri sebaik sahaja membuka fail resume itu. Kak Fhia yang dari tadi berdiri itu mula rasa cuak.
Gila tak gugup, habis kalau Idham tahu PA barunya adalah seorang anak kepada pengusahawan terkenal didunia mau tak kena pecat dia kerana menipu.
YOU ARE READING
KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]
Romance"ISH.. Ada je benda yang dia ni suruh aku buat kan? Harap je muka handsome.." - WANY HASAERA 🔹🔸🔹🔸🔹 "COMEL. Puas hati aku bila dapat kenakan dia. Tulah, mulut tu lancang betul menjawab apa yang aku katakan?" - TENGKU IDHAM ASYRAF 🔸🔹🔸🔹🔸 "KEN...