Sebaik tiba dirumah, Saera membuka lalu menghempas pintu rumah dan mengejutkan Isma.
"Kau ni dah kenapa? Balik-balik nak mengamuk macam ni. Tertanggal pintu rumah aku ni nanti"
"Diamlah kau!" marah Saera. Isma terkejut dengan sikap Saera.
"apa masalah dia tu?" ujar Isma perlahan. Dia hanya memandang Saera yang sedang marah itu masuk kedalam bilik.
Selepas beberapa jam Saera berkurung didalam biliknya, dia keluar dsri biliknya kerana lapar.
"Ha, keluar pun kau. Meh, aku dah siap masak nasi ayam ni. Makanlah dengan aku sekali" pelawa Isma. Saera hanya menurutinya sahaja.
Nasi ayam dicedok kedalam pinggannya. Isma tolong mencedokan kuah dan meletakkan seketul ayam kedalam pinggan Saera.
"Dah makan. Biar hati kau tenang. Aku pergi ambil air sekejap"
Isma bingkas bangun lalu mengambil air cincau yang dibuatnya.
Beruntung siapa yang dapat rakan seperti Isma yang berfikiran terbuka dan tak cepat melatah. Walaupun Saera menengkingnya, dia masih boleh tersenyum. Seorang sahabat sejati tak akan soal masalah rakannya sehingga rakannya itu yang memulakan bicara.
Saera makan nasi ayam dengan senyap sekali. Ada sesekali, dia mencuri-curi pandang Isma. Rasa serba salah pula kerana menengkingnya tadi.
Isma yang sedang meneguk air cincau itu perasan akan pandangan Saera.
"Kau ni kenapa? Pandang-pandang aku."
Saera menunduk lalu menyuapkan makanannya kedalam mulut.
Sehingga mereka selesai makan, Saera asyik memandang Isma.
"Hei, baik kau beritahu aku kenapa kau pandang-pandang aku, sebelum aku halau kau keluar" marah Isma dengan ugutan yang sekadar untuk menakutkan Saera.
"Aku minta maaf sebab marah kau tadi"
"Kenapa dengan kau ni? Ada masalah ke? Cuba cerita dengan aku"
Saera menunduk memandang pergelangan tangannya. Kemudian, barulah dia mula bercerita.
"Tu lah ceritanya. Aku tak taulah apa masalah dia. Bila aku tanya, dia diam je. Haishh"
Isma hanya mendengar. "Dia cemburu dekat kau tak?"
"Cemburu? Nak cemburu apa? Aku dengan dia bukannya ada hubungan istimewa pon"
Isma mengeluh. Bebal juga kawannya itu. Tak akanlah tak faham-faham lagi.
"Kau ni cantik, pandai, tapi ada sikit bebalnya tu kan? Kau tak faham-faham lagi ke? Dia buat macam tu, sebab dia suka dekat kau lah. Dia cemburu. Kau fikir dia kena bagi tau kau dulu yang dia suka dekat kau baru kau nampak ke? Mungkin dia tak ada peluang nak bagi tau kau. Cuba fikir positif. Tau nak marah, nak mengamuk je"
Bebel Isma. Saera yang mendengar bebelan Isma naik berdarah telingannya. Muncungnya dijuihkan. Ingatkan Isma akan sokong, menyesal dia ceritakan masalahnya pada Isma. Huh.
YOU ARE READING
KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]
Romance"ISH.. Ada je benda yang dia ni suruh aku buat kan? Harap je muka handsome.." - WANY HASAERA 🔹🔸🔹🔸🔹 "COMEL. Puas hati aku bila dapat kenakan dia. Tulah, mulut tu lancang betul menjawab apa yang aku katakan?" - TENGKU IDHAM ASYRAF 🔸🔹🔸🔹🔸 "KEN...