27 🌹 ;

423 15 0
                                    

Selepas menempuhi kehidupan yang mengelirukan, Saera kembali ceria selepas Rizal tidak mengganggunya lagi.

Dia datang awal pada pukul 10 pagi untuk menolong bakal mak mertuanya memasak dan menyediakan makanan.

"Tak apalah, biar Saera je yang buat. Aunty duduk berehat"

Datin Suraya memukul lengan Saera lembut.

"Apa aunty pula? Mamalah. Kan tak lama lagi kamu akan jadi menantu mama"

Saera tertawa kambing. Seganlah pula.

"Yalah, mama"

*****

Sementara para wanita sedang memasak didapur, para lelaki pula sedang sibuk mengemas ruang tamu untuk majlis malam nanti.

Sedang Idham menyapu halaman rumahnya, dia menjengah-jengah keluar. Panjang lehernya.

"Ha, tengok siapa tu? Saera ada dekat dapur, jangan macam-macam" tegur Dato' Tengku Emran.

Idham hanya ketawa malu. "Mana ada Asy tengok perempuan lain. Asy cuma pelik, tak nampak pula Rizal hari ini atau sebelum nim selalulnya dia merayau depan rumah kita ni cari Saera" kata Idham menerangkan apa yang membebankannya.

Dato' Tengku Emran hanya menggelengkan kepalanya sahaja.

"Kamu ni. Bila budak tu berjalan mundar-mandir depan rumah kita, kamu marah. Tak sukalah, itu ini. Bila budak tu dah tak datang, kamu bising pula. Apa yang kamu nak sebenarnya ni?" soal Dato' Tengku Emran hairan dengan perangai anaknya itu.

Idham hanya ketawa kelat sahaja. Tiba-tiba suara mamanya memecahkan suasana memanggilnya.

"Asyh!"

Idham memandang bapanya.

"Ha, mama kamu dah panggil. Baik pergi cepat sebelum angin dia berubah"

Idham ketawa selepas mendengar kata-kata bapanya. Dia terus mendapatkan ibunya didapur.

"Ada apa ma?"

"Tolong beli barang-barang ni" ujar Datin Suraya sambil menunjukkan list yang berada ditangannya kepada Idham.

Terbuntang mata Idham terkejut. "Banyaknya ma nak beli. Mama nak buat apa dengan semua ni?"

"Lah, mama nak masaklah. Tak kan nak buat main batu seremban pula" perli Datin Suraya.

Saera yang dari tadi khusyuk memotong sayur itu tergelak. Tak tahan bila lihat Idham kena perli dengan maknya sendiri.

Idham menoleh kearah Saera yang tidak berhenti ketawa.

"Ha, sukalah tu" kata Idham dengan nada merajuk. Saera malas nak layan.

"Hah, dah pergilah cepat. Tunggu apa lagi?"

"Tapi ma, Asy mana tahu semua bahan-bahan ni. Setakat buah-buah dengan sayur tu pandailah Asy bezakan. Ini '3 sekawan'? Kawan mana pula ni?" bebel Idham.

KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]Where stories live. Discover now