"Amboi, perempuan ni. Dah bahagia langsung tak ingat aku"
Isma hanya duduk dihadapan televisyen sambil mengunyah keropok.
Bosan pula bila Saera tiada.
Apalah yang dia nak buat seorang diri malam-malam ni selain makan. Isma merenung ke luar balkoni rumahnya.
Tiba-tiba senyuman terukir dibibirnya, mengenangkan peristiwa yang berlaku petang tadi.
Flashback
Isma meninjau-ninjau apa yang ada dalam supermarket.
Apa yang mahu dia beli. Entah mengapa tiba sahaja di supermarket, matanya menjadi rambang. Dari seorang yang daya ingatannya kuat, menjadi lemah.
Itu biasa. Sambil menyorong troli yang baru diisi dengan beberapa barang, Isma berjalan terus ke kaunter pembayaran.
Sebaik sahaja tiba gilirannya untuk membayar barangannya, dia mencari-cari dompetnya didalam beg.
"Aduh. Mana pula dompet aku ni? Time aku cari lah semua tak jumpa. Time aku tak cari, ada pula" bebel Isma sambil mencari-cari dompetnya.
Pelanggan yang beratur dibelakangnnya sudah mengamuk. Sampai bila mereka mahu menunggu lagi?
Isma menguak rambutnya kebelakang sebelum mengeluh panjang. Dahinya tidak berhenti berkerut.
Tiba-tiba datang seorang lelaki yang mahu membayar barangannya celah dari belakang.
"miss. Saya rasa ini dompet awak. Tadi awak tercicirkannya" kata lelaki itu sambil menghulurkan dompet yang berwarna hitam kepada Isma.
Terkejut Isma dibuatnya. Dia cepat-cepat membuka dompetnya, mana tahu ada benda yang hilang.
"Ter...." tidak sempat Isma mahu mengucapkan 'terima kasih' kepada lelaki itu, lelaki itu sudah menghilangkan diri. Isma mengelamun seketika.
"Cik, awak tak nak bayar ke? Cepat sikit lah. Dah ramai yang menunggu ni" tegur seseorang dan menyentakan lamunannya.
Selepas selesai membayar untuk barangannya, dia terus beredar dari kaunter dan menuju ke sebuah restoran yang berdekatan.
"Dia? Macam lelaki tadi je" kata Isma selepas memandang seorang pelanggan di restoran itu yang kelihatan seperti pernah melihatnya.
"Err..maaf saya mengganggu. Awak kan yang beri dompet saya tadi?" soal Isma menegur lelaki yang makan berseorangan itu.
Lelaki itu merenung lama kearah Isma. Mengingati Isma barangkali.
"Ha, ya saya"
Isma tersenyum gembira.
"owh. Sebenarnya saya nak ucapkan terima kasih" kata Isma. Lelaki tadi mempelawa Isma untuk duduk. Isma menarik kerusi dihadapan lelaki itu lalu melabuhkan punggungnya.
"Awak nak makan ke? Saya pesankan" pelawa lelaki itu.
Isma hanya mengangguk dan menurutinya sahaja.
YOU ARE READING
KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]
Romance"ISH.. Ada je benda yang dia ni suruh aku buat kan? Harap je muka handsome.." - WANY HASAERA 🔹🔸🔹🔸🔹 "COMEL. Puas hati aku bila dapat kenakan dia. Tulah, mulut tu lancang betul menjawab apa yang aku katakan?" - TENGKU IDHAM ASYRAF 🔸🔹🔸🔹🔸 "KEN...