Saera duduk sambil memeluk kedua kakinya. Rindunya pada suaminya tidak dapat digambarkan.
Sesekali dia cuba melihat sekeliling mencari sesuatu yang boleh menolongnya untuk lepaskan diri dari lelaki psycho.
Tiba-tiba pintu bilik tempat dia dikurung dibuka.
Qayyum masuk kedalam dan menghulur plastik makanan beserta air kepada Saera.
"Nah, makanlah"
"Tak nak. Tak lapar"
"Aku kata makanlah. Kalau kau sakit, siapa susah? Aku juga yang susah."
"Kalau kau tak nak rasa susah. Kau lepaskan aku. Aku janji, aku tak akan dakwa kau." ujar Saera membuat tawaran.
Qayyum memandang Saera tajam. Tidak sempat mahu membalas kata-kata Saera, talefonnya berdering.
Lihat dari riak wajah Qayyum seakan terkejut dengan nama yang tertera pada skrin talefon itu lalu pantas keluar dari bilik itu tanpa menutup pintu bilik itu.
Saera berasa agak hairan. Namun, hairannya hilang apabila melihat peluang untuknya melepaskan diri ada didepan mata.
Dengan perlahan tanpa membuat sebarang bunyi, Saera menyelinap keluar dari rumah itu.
Apabila dia keluar dari rumah, dia melihat sekeliling rumah itu adalah hutan. Tanpa sebarang idea, dia langsung tidak tahu dia dimana.
Dengan berkaki ayam, dia berlari jauh meninggalkan rumah itu sebelum Qayyum dapat mengesannya.
🌹🌹🌹
"Yalah, aku tak buat apa-apa pun. Dahlah. Aku ada kerja nak buat" ujar Qayyum seperti serabut.
Dia menekan butang merah pada talefonnya dengan kasar.
Dia kembali kedalam bilik tempat dia tinggalkan Saera.
Alangkah terkejutnya apabila dia melihat Saera tiada didalam bilik itu.
Pintu bilik disepak kuat.
"SAERA!!"
Tanpa membuang masa, Qayyum bergegas keluar dari rumah usang itu dan berari mencari Saera. Dia yakin Saera masih belum jauh darinya.
"mana kau pergi ha Saera?! Baik kau keluar sekarang!" pekik Qayyum.
🌹🌹🌹
Asyraf tidak berhenti menagis mahukan mamanya.
Idham sudah buntu. Tidak tahu mahu buat apa lagi.
Tiba-tiba talefonnya berdering. Nombor yang tidak dikenalinya terpapar diskrin talefon.
Dengan perasaan penuh cemas, dia menjawab panggilan itu.
"Hello?"
"hello?"
Kedengaran suara seorang wanita yang sedang dalam ketakutan.
YOU ARE READING
KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]
Romance"ISH.. Ada je benda yang dia ni suruh aku buat kan? Harap je muka handsome.." - WANY HASAERA 🔹🔸🔹🔸🔹 "COMEL. Puas hati aku bila dapat kenakan dia. Tulah, mulut tu lancang betul menjawab apa yang aku katakan?" - TENGKU IDHAM ASYRAF 🔸🔹🔸🔹🔸 "KEN...