32 🌹 :

465 14 0
                                    

Memandangkan Saera sudah pun sedar. Semua ahli keluarga tidaklah berasa risau yang teramat sangat.

Menjelang tengah hari, semua ahli keluarga sudah pulang kerumah kecuali Idham. Idham masih setia menemani Saera, walaupun disuruh ibunya untuk balik, dia masih berdegil.

Saera bergerak-gerak diatas katil. Sudah pelbagai posisi dia ubah. Tak selesa. Akhirnya dia bangun dan perlahan-lahan duduk diatas katilnya.

Dia menoleh kearah tubuh Idham yang duduk sambil melelapkan mata.

Tiba-tiba sahaja dia rasa sayu melihat Idham.

"apa yang aku buat tadi tu salah ke?"

"aku marah dia tadi depan semua. Memang salah akulah"

Saera mengeluh rasa kesal atas perbuatannya.

Dengan perlahan-lahan dia mula berdiri lalu berjalan dan mendapatkan tempat di sebelah Idham.

Wajah tampan Idham ditenungnya lama. Rasa serba salah mula menyelubungi diri.

"Eh? Saera, awak buat apa dekat sini. Awak tu tak sihat, mari saya tolong bawakan awak kembali keatas katil" kata Idham terkejut dengan pergerakkan kecil dan membuatkannya terjaga.

Pantas tangan Saera menahan lengan Idham.

"Tak apa. Saya nak duduk sini sekejap." balas Saera sambil melemparkan wajah sedih.

Idham perasan akan wajah Saera itu. Dia pantas menyoal apa yang telah berlaku dengan nada sjara yang sangat risau.

"Kenapa? Ada apa-apa berlaku ke? Awak rasa sakit? Nak saya panggilkan doktor tak?"

"Saya...saya minta maaf" ujar Saera. Secara tidak sedar, air matanya mula menitis.

"Eh..shhh,, kenapa nangis ni? Sayang tak ada buat apa salah pun lah. Kenapa? Cuba beritahu saya"

"Saya minta maaf. Iskk..iskk..kalau saya dengar cakap awak awal-awal semua ni tak akan berlaku. Semua salah saya. Saya tak dengar cakap, saya marah awak depan semua tadi"

Teresak-esak Saera menangis kerana rasa serba salah.

Idham tersenyum nipis. Bahu Saera ditepuknya perlahan untuk memujuk.

"Tak apalah. Saya faham...."

"....tapi, ada dendalah" sambung Idham.

Saera yang mulanya menangis seperti tiada penghujung itu mula berhenti selepas mendengar perkataan 'denda'.

"denda apa pula ni? ingatkan nak pujuk ke apa"

Idham hanya tersenyum yang membawa 1001 makna.

"Dendalah, denda sebab awak marah saya tadi. Sakit tau hati saya, awak marah tadi" kata Idham dengan nada mengadanya. Dah mula lah tu gatalnya.

"Ish, apa ni Tuan? Saya tengah sakit pun nak bagi denda ke?" bemtak Saera tak puas hati.

"siapa kata nak bagi denda awak sekarang?"

KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]Where stories live. Discover now