28 🌹 ;

407 14 0
                                    

Majlis yang berlangsung selepas isyak itu didatangi ramai tetamu yang terdiri daripada sedara-mara, kawan-kawan, jiran-jiran dan ramai lagi.

Saera dan Idham kelihatan sangat sibuk. Saera sibuk didapur, menyediakan makanan. Idham pula sibuk melayan tetamu.

Saera kelihatan manis berbaju kurung cotton dan selendang cream yang dililit dikepalanya.
Cantik sungguh.

Sebaik sahaja ruang tamu rumah keluarga Dato' Tengku Emran dipenuhi orang, majlis kesyukuran dimulakan.

🌹🌹🌹

Rizal berdiri disebalik pintu pagar hadapan rumah keluarga Idham. Sedang tetamu lain masuk kedalm rumah itu, dia hanya berdiri ditepi pagar tanpa berbuat apa-apa.

Dia hanya melihat Idham dan Saera yang sibuk kehulu kehilir itu melayan tetamu.

Dia sudah pun mengetahui perhubungan Idham dan Saera sejak dari hari Saera meninggalnya di cafe berseorangan.

Sejak dari itu, dia mengikuti Saera kemana Saera pergi.

Hatinya sakit apabila melihat kemesraan 'isteri' khayalannya bermesraan dengan lelaki lain selain dirinya.

"Eah? Rizal, jomlah masuk. Kenapa duduk sini macam latung ni?" tegur bapa Rizal yang baru sahaja mahu melangkah masuk kedalam rumah keluarga Dato' Tengku Emran.

"Papa masuklah dulu. Sekejap lagi Rizal masuk" ujar Rizal sambil menolak sedikit bahu bapanya supaya masuk kedalam dahulu.

Bapa Rizal hanya akur sahaja. Dia perasan akan kelakuan yang pelik dari anaknya itu.

🌹🌹🌹

Kelihatan para tetamu sedang mencedok makanan yang disedikan sebaik sahaja selesai dengan majlis kesyukuran.

"Tahniah Idham"

"Tahniah"

"Lama juga kau ambil masa nak kahwin ni, by the way tahniah"

Idham mendapat banyak ucapan tahniah atas pengumuman bahawa dia mahu berkahwin.

Di satu sudut dimana Anieq sedang berdiri ditujunya.

"Makan lagi bro. Sikit sangat kau ambil ni" ukar Idham selepas melihat pinggan Anieq yang sedikit dengan makanan.

"Eh. Kejap lagilah. Tengah ramai tu" balas Anieq. Tiba-tiba suasana menjadi senyap diantara mereka berdua buat seketika.

Tidak tahu topik apa yang mahu dibualkan. Tidak tahu kenapa terasa asing pula.

"Hmm.. Aku nak ucapkan tahniah sekali lagi atas perkahwinan kau dengan Saera"

"Thanks bro. Kau....ok ke ni?" soal Idham.

Anieq tertawa. "Apa maksud kau, aku ok ke? Huh, aku ok je lah. Dah jodoh kau dengan dia, tak akanlah aku nak jadi watak jahat rampas dia pada kau pula kan. Kau nak ke?"

"Ha ah. Kau nak aku terajang kau. Kau cubalah" balas Idham marah dengan nada bergurau.

Anieq ketawa selepas mendengat ugutan Idham. Tak nak dia kena terajang percuma.

KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]Where stories live. Discover now