Isma duduk disofa sambil melihat gambar perkahwinannya. Tiba-tiba talefonnya berdering.
Nama Saera tertera diskrin talefon.
"Haih? Apa yang dia nak ni?" soal Isma pada dirinya.
"Sayang, siapa yang call tu?" soal Anieq yang baru sahaja keluar dari bilik.
"Saera"
"Dia nak apa?"
"Tak tahulah"
"Jawablah, mana tahu ada apa-apa berlaku ke" cadang Anieq.
Tanpa teragak-agak Isma menjawab panggilan itu.
"Hello.. Kau nak apa call aku?" soal Isma.
"...."
Dalam panggilan itu senyap sunyi. Seperti tiada sesiapa yang ada disitu.
"hello. Kau ok tak?"
"...."
Masih sama. Isma semakin risau, dia menganggarkan bahawa anak Saera, Syafiq yang bermain talefonnya.
Tapi, bila difikirkan balik, anaknya baru berusia setahun. Tak akanlah dah pandai main talefon pula.
Isma semakin risau, dia mengadu pada suaminya.
"Cuba call. Mana tahu dia jawab ke"
Isma menuruti sahaja. Nombor talefon Saera didail pantas.
"..."
Panggilan itu dijawab, namun tiada suara yang keluar dari corong talefon itu.
Anieq turut berasa risau, pantas dia menelefon Idham.
"Hello. Asy, bini kau ada dengan kau tak?"
"hello.. Tak ada. Weyh, aku risau ni, tadi dia call aku beberapa kali, tapi bila aku angkat tak ada suara pula" balas Idham. Dari suaranya kedengaran agak risau.
"Yeke? Bini aku pun dapat call dari dia. Bila jawab, dia tak balas apa-apa pula"
"seriuslah. Ya allah. Apa yang tengah berlaku ni? Weyh, kita jumpa"
"Ha, yalah. Nanti kau send location."
"ok"
Anieq menamatkan panggilan. Wajah isterinya ditatap lama.
"Apa?"
"rupanya Asy pun dapat call yang sama. Dia ajak jumpa, dah cepat siap"
Isma akur. Pantas mereka berdua bersiap-siap.
30 minit kemudian, mereka tiba disebuah cafe.
Susuk tubuh Idham dipanggilnya lantang.
"Ha, apa jadi sebenarnya ni? Syafiq mana?" soal Anieq.
"Syafiq dengan mama aku. Saera kata dia nak keluar sekejap, alang dia keluar dia hantar anak aku ke rumah family aku sebab aku ada meeting petang ni..."
YOU ARE READING
KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]
Romance"ISH.. Ada je benda yang dia ni suruh aku buat kan? Harap je muka handsome.." - WANY HASAERA 🔹🔸🔹🔸🔹 "COMEL. Puas hati aku bila dapat kenakan dia. Tulah, mulut tu lancang betul menjawab apa yang aku katakan?" - TENGKU IDHAM ASYRAF 🔸🔹🔸🔹🔸 "KEN...