Saera kembali ke pantai. Dia melihat kearah Idham yang sedang duduk disebuah kayu sambil menikmati pemandangan.
"Buu" sergah Saera.
"Eh? Sayang rupanya, saya ingatkan siapalah tadi. Nasib baik saya tak karate tadi sebab terkejut tau"
"Oh. Tuan nak karate saya?"
Idham terkelu. Dia seperti terperangkap dengan kata-katanya.
"Eh. Mana ada. Takkanlah saya tak berhati perut nak karate cinta hati saya ni"
Saera tersenyum melihat Idham lalu mengambil tempat disebelah Idham.
"Apa yang awak berdua cakapkan tadi?" soal Saera ingin tahu.
Idham hanya tersenyum tanpa membalas. Dia merenung jauh melihat lautan yang terbentang luas.
"Tak ada apa-apa pon. Hal lelaki"
Saera menjeling. Sengajalah tu tak nak beritahu.
"Itupun nak berahsia ke?" balas Saera mencebik muka.
"Mestilah. Macam rahsia awak dengan kawan baik awak tu, Isma. Sayang tak bagitau saya juga kan?"
"Mana ada rahsia. Eii.. Tak aci lah dia ni."
"Aci tak de. Dia dah balik Jepun" balas Idham selamba. Sengaja dia mahu mengusik kekasihnya itu.
Saera menghembus nafas marah. Sakit pula hatinya.
Idham tergelak melihat Saera yang sudah menarik muka masam.
"Tak adalah sayang. Saya gurau je. Itupun nak bermasam muka. Anieq cuma ucap tahniah pada saya" satu cuitan hinggap dihidung mancung Saera.
"Itu je ke? Mesti dia terkejut dengan berita ni kan? Yalah, masa saya jumpa dengan dia pun, dia selalu tanya kalau saya masih single ke tak..."
"...rasa serba salah pula tak jawab soalan dia masa tu yang saya single." sambung Saera selamba. Dia mengenang kembali waktu dia berjumpa dengan Anieq dahulu.
Dia perasan akan perasaan Anieq terhadapnya. Namun pada masa itu, didalam hatinya sudah ada Idham dan dia hanya menganggap Anieq sebagai rakan lelakinya tidak lebih dari itu.
Tiba-tiba kaca mata hitam yang dipakai oleh Idham dibukanya. Idham memandang tepat kearah Saera yang masih mengelamun mengimbas kembali waktu itu.
"Eh? Kenapa Tuan pandang saya macam tu? Terkejut saya tau tak?" kata Saera yang baru tersedar dari lamunan. Sedar-sedar sahaja Idham sudah merenungnya seperti mahu memakannya.
"Owh. Awak nak cakap, awak menyesallah sebab tak bercinta dengan dia?" soal Idham. Matanya tidak lengkang dari memandang wajah Saera.
Naik merah wajah Saera. "Ma..mana ada. Saya cuma teringat je. Dia ok apa, tak ada kurangnya dengan Tuan. Nak kata handsome? Boleh tahan. Bekerjaya, lemah lembut, baik, peramah. Untung siapa yang jadi isteri dia kan?" soal Saera memuji Anieq dihadapan Idham.
Semakin lama mendengar pujian yang keluar dari mulut Saera, semakin berapi pula telinga dan hatinya.
Idham merengangkan badannya beberapa kali menahan marah. Atau cemburunya.
YOU ARE READING
KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]
Romance"ISH.. Ada je benda yang dia ni suruh aku buat kan? Harap je muka handsome.." - WANY HASAERA 🔹🔸🔹🔸🔹 "COMEL. Puas hati aku bila dapat kenakan dia. Tulah, mulut tu lancang betul menjawab apa yang aku katakan?" - TENGKU IDHAM ASYRAF 🔸🔹🔸🔹🔸 "KEN...