Jari-jemari Saera diketuk-ketuk diatas meja. Secawan gelas yang dipenuhi dengan air batu diteguk dan dikunyah air batu itu.
Matanya tidak lengkang daripada memandang adik dan abangnya.
"Along dengan adik buat apa dekat sini?" soal Saera tidak puas hati.
"Buat apa lagi. Kami datang sebab ada musyuarat dengan bos angah lah" kata Wan. Hatta hanya menyokong.
"Musyuarat dengan bos angah? Tentang projek apa? Projek yang papa bagi kat along tu ke?"
"Yalah."
Susana menjadi sunyi seketika. Tiba-tiba Saera teringatkan sesuatu.
"Hah, tadi kenapa Idham tiba-tiba tanya along 'kenal kan?' angah? Dia dah tahu pasal angah ke? Ke korang yang mulut tempayan ni, bagitau dia? Ha" Kata Saera membuat andaian.
"Amboi mulut angah. Ingat kitaorang ni mulut besar sangat ke, nak sumbat nasi pon dapat setengah sudu, mana ada kitaorang bocorkan rahsia angah" kata Hatta.
"Tak lah. Angah cuma tak percaya dekat kau je. Kalau along, angah percaya lagi."
Wan yang mendengar kata-kata Saera itu berdeham bangga.
Sebelum perbualan itu menjadi hangat dengan perlawan perang mulut, Wan pantas meredakan suasana.
"Dah jangan gaduh. Hah, along manalah tau. Lebih baik angah sendiri yang tanya dia. Yalah, mana tahu dia syak apa-apa ke" kata Wan.
Saera hanya berdiam memikirkannya. Ada betul juga. Kalau dia dah tahu, matilah dia. Kalau Idham belum tahu, baik dia bagitahu cepat-cepat sebelum Idham dengar tentang penipuannya dari mulut orang. Naya dia nanti
"Dahlah. Angah masuk musyuarat dulu. Ingat, sebelum angah belum lagi berterus terang dengan dia, selagi tau korang diam eah? Kalau tak, angah buang semua kasut mahal korang. Ingat angah tak boleh buat?" kata Saera mengugut adik beradiknya.
Wan dan Hatta hanya memandang satu satunya adik beradik perempuan mereka.
Gelak tawa meletus dari mulut mereka."Ingat tu. Kalau kau bocorkan rahsia dia, siap kau along kerjakan"
"Eleyh. Cakap orang. Along pon kena ingat juga." balas Hatta.
Wan dan Hatta saling membalas jelingan kearah satu sama lain. Perangai masih kebudakan.
Selepas kelibat Saera tiada,
mereka bangun dari tempat duduk dan menuju kebilik musyuarat.
🌹🌹🌹
"Baiklah, saya rasa dah tak ada apa-apa lagi. Saya akhiri musyuarat ini. Terima kasih."
Kata seorang lelaki yang membentangkan projek itu.Selepas selesai bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal, Idham terus menuju kedalam kereta dan diikuti oleh Saera.
Didalam kereta, mereka begitu senyap. Selalunya, Idham banyak mulut, tapi kenapa tiba-tiba hari ini dia senyap? Penat ke? Setakat duduk dengar bebelan pembentangan tu pon penat ke?
YOU ARE READING
KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]
Romance"ISH.. Ada je benda yang dia ni suruh aku buat kan? Harap je muka handsome.." - WANY HASAERA 🔹🔸🔹🔸🔹 "COMEL. Puas hati aku bila dapat kenakan dia. Tulah, mulut tu lancang betul menjawab apa yang aku katakan?" - TENGKU IDHAM ASYRAF 🔸🔹🔸🔹🔸 "KEN...