Semenjak Saera mula bekerja di syarikat papanya, kerjanya mula bertambah banyak.
Setiap minggu pasti ada projek baru yang masuk.
"Puan Saera. Ada client nak jumpa dengan Puan"
"Panggil dia masuk"
Sebaik sahaja mendengar arahan, setiausaha Saera memanggil client yang dimaksudkannya.
"Hai Saera"
"Hai.. Encik... Eah? Qayyum? Awak buat apa dekat sini?"
"Buat apa lagi? Saya datang sebab saya ada projek nak awak tolong buatkan"
Saera hanya diam. Dia malas mahu melayan.
Acuh tak acuh dia melayan Qayyum. Selepas membaca bahan yang dibawa oleh Qayyum. Saera memutuskan untuk tidak menerima tawaran itu atas beberapa sebab.
"kenapa? Ini projek yang bagus. Tak akanlah awak nak lepaskannya begitu je. Atau,, sebab peribadi kita?"
Saera menoleh kearah Qayyum. Tersentak.
"itu salah satu sebabnya. Saya tak nak terlibat dengan awak. So, better you go and cari orang lain je. Sebab saya tak akan terima projek awak ni" ujar Saera.
"But why? Please, please be profesional Saera."
"no. I'm not a profesional. I'm just amatuer. So, cari orang lain je"
Setelah selesai bercakap, Saera meminta Qayyum untuk keluar dari biliknya.
Tapi, Qayyum berdegil. Dia tetap mahukan Saera untuk buat rekaan untuk projeknya.
Tiba-tiba pintu pejabat Saera dibuka. Dengan wajah selamba Hatta masuk kedalam bilik kakaknya.
"Eah?Abang Qayyum pun ada?"
Saera terkejut.
"Hatta, ada apa kau masuk bilik angah?"
"Huh? Owh tak, kawan angah, Isma call Hatta. Dia kata, dia nak jumpa angah. Dia call angah banyak kali, tapi tak berjawab. Tu yang dia call Hatta..."
"...katanya, angah dah lupa ke tarikh hari ini hari apa?" ujar Hatta.
Saera kelihatan binggung dengan maksud Hatta.
Dia mencapai talefon lalu melihat pemberitahuan. Rupanya, hari ini dia kena teman Isma untuk pilih busana pengantin. Yalah, lagi beberapa hari je perkahwinan Isma akan berlangsung.
"Alamak, angah lupa." kata Saera sambil berkemas-kemas atas mejanya.
Dia menoleh kearah Qayyum. Hampir terlupa dia pasal lelaki itu.
"En. Qayyum. Saya minta maaf. Saya tak dapat nak terima tawaran encik. Encik cari orang lain sahajalah." kata Saera sebelum keluar.
Qayyum menahan geram. Nafasnya laju kerana marah.
Hatta yang masih berdiri dihadapan pintu itu hanya melihat sahaja.
YOU ARE READING
KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]
Romansa"ISH.. Ada je benda yang dia ni suruh aku buat kan? Harap je muka handsome.." - WANY HASAERA 🔹🔸🔹🔸🔹 "COMEL. Puas hati aku bila dapat kenakan dia. Tulah, mulut tu lancang betul menjawab apa yang aku katakan?" - TENGKU IDHAM ASYRAF 🔸🔹🔸🔹🔸 "KEN...