14 🌹 ;

537 16 0
                                    

Hari ini, perangai Idham serba tak kena.

Sejak dari pagi tadi. Adakah Rizal yang membuatnya marah? Selepas dia menasihati Saera supaya jangan dekat dengan Rizal, Idham terus berubah. Semua benda yang Saera buat serba tak kena dimatanya.

Selama ini, Idham hanya memerhati gelagat Rizal yang selalu mencari masa untuk berbual-bual dengan Saera.

Saera ni pon satu, layankan je perangai si Rizal. Makin lama dibiarkan, Rizal jadi semakin berani. Ini memang tak boleh dibiarkanlah. Namun, apa kaitannya dengan Rizal, dengan Saera. Tak pasal-pasal Saera dilayan acuh tak acuh oleh Idham. Sebelum ini, tak ada pon.

Didalam kereta Idham, Saera hanya mendiamkan diri sahaja, malas nak bersuara. Kalau bersuara nanti dimarah Idham pula.

Saera memandang keluar tingkap kereta Idham.

Suasana di Taman Cenderawasih sangat riuh dengan para pemain dan tidak lupa dengan penyokong yang hadir.

Perlawanan futsal  yang dianjurkan oleh Syarikat BH group, mendapat sambutan daripada semua rakan-rakan syarikat. Termasuklah syarikat bapa Saera iaitu Hisyam Textil Sdn.Bhd. dan syarikat keluarga Idham.

Sebaik sahaja turun dari kereta, Saera ternampak Hatta dan Wan yang hadir untuk perlawanan itu juga.

"Eah? Along pon main futsal?" soal Saera. Idham yang baru selesai mengambil barangannya terus bersalaman dengan Wan dan Hatta.

"Along memang main futsal lah"
Saera hanya membuat bentuk 'o' pada mulutnya.

"Hatta? Kau pon main futsal? Ingatkan kaki bangku"

"Hello... It's Hatta ok. Sedap je mulut cakap" marah Hatta.

Idham yang meyaksikan telatah adik-beradik itu hanya tertawa kecil.

"Dahlah, jom kita masuk"

"Err, Tuan, saya nak ke tandas sekejap. Tuan masuk dululah dengan Wan dan Hatta" kata Saera. Idham sekadar mengangguk tanpa perasaan.

Saera hanya menjeling kearah bosnya. Apa yang dah merasuki badan bosnya itu tak tahulah.

Sebaik sahaja Saera beredar, Idham memandang lama kearah kelibat Saera yang menuju kebilik air. Pandangan penuh dengan rasa bersalah. Apa yang dia dah buat, tanpa sedar mungkin melukai hati Saera.

Bahu Idham di peluk Wan. "Saera cantik kan?" soal Wan tiba-tiba. Idham yang dari tadi memandang Saera terkelu. Dia mengangguk perlahan.

"Abang, dah beritahu angah ke belum yang abang ada hati dekat angah? Maksud Hatta, Kak Saera"

Idham menunduk selepas mendengar soalan dari Hatta. Lambat-lambat dia mengangguk.

"Banyak kali dah. Setiap kali aku bagi hint dia macam tak serius. Entahlah" Wajah Idham seakan kecewa. Wan menepuk belakang Idham.

"Kau tak payah risau sangatlah. Sebenarnya si Saera tu, ada hati dekat kau. Cuma dia tu jenis yang tak menunjuk. Kalau betul lah kau nak kan adik aku, kau kena berusaha lebih sikit, kau kena berterus terang dekat dia tentang perasaan kau. Tak apa, aku dan Hatta ada sokong kau"

KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]Where stories live. Discover now