Sudah menjadi rutin harian Saera untuk membuat semua kerja rumah selepas bergelar isteri.
Setiap pagi, dia akan bangun awal untuk menyiapkan sarapan, pakaian kerja dan pelbagai lagi untuk suaminya.
Selepas suaminya pergi ke kerja, mulalah aktivitinya mengemas rumah yang besar seorang diri.
Walaupun rumah itu sudah kelihatan kemas dan bersih, dia masih mengemas lagi. Baginya itulah aktiviti yang boleh dilakukannya selain menonton drama.
"Haih.. bosannya. Kalau macam nilah hari-hari, mau mati aku. Aku nak kerja." kata Saera pada dirinya selepas selesai berkemas.
Talefonya dicapai. Nombor talefon bapanya didail laju.
"Assalamualaikum. Papa, papa ada dekat pejabat eh? Kalau papa ada dekat pejabat, angah datang sana"
Tanpa sempat Dato' Hisyam menyoalkan pelbagai soalan lagi, Saera sudah pun menamatkan panggilan.
Kali ini, di menelefon suaminya pula untuk meminta izin keluar.
*****
"Ada apa kamu datang? Suami kamu tahu tak?" soal Dato Hisyam.
Saera mengambil tempat dahulu sebelum dia menjawab soalan bapanya itu.
"Dia tahu angah keluar. Angah datang ni pun sebab Angah bosan dekat rumah. Papa tak ada kerja untuk angah ke?"
Dato' Hisyam terdiam. Dia memikirkan sesuatu seketika.
"Ada tu memang ada. Tapi, suami kamu tahu tak kamu nak bekerja ni?"
Saera menggeleng perlahan. Dia masih belum berbincang dengan suaminya pasal ini.
"Kamu kena bincang dengan laki kamu dulu. Papa boleh je bagi kamu kerja, tapi kamu kena ingat, kamu tu dah berkahwin. Apa-apa dahulukan suami. Macam mama kamu" ujar Dato' Hisyam.
Saera mencebik. Dia hanya mengangguk faham. Sebelum dia beredar dia sempat menyuruh bapanya untuk menajaga jawatan itu untuknya sementara dia mendapatkan keizinan suaminya.
🌹🌹🌹
Tiara menelefon seseorang dan mengatakan mahu berjumpa, selepas membaca satu mesej yang diterimanya. Selepas bersiap-siap, dia pantas keluar dari rumahnya sementara anaknya masih tidur.
Tidak lama dia memandu, dia tiba disatu simpang berdekatan dengan rumahnya.
Dia keluar dari kereta lalu berjalaj menuju kearah sebuah kereta yang juga berhenti disitu.
"Hah. Kau, tak ada tempat lain ke nak jumpa?" soalnya agak kasar.
"Rilekslah. Aku cuma nak senangkan kau je. Iman mana?" soal lelaki itu.
"Iman dekat rumah. Kau nak apa sebenarnya ha? Akubdh taknada apa-apa dengan kau lagi" naik seoktaf suara Tiara. Matanya memandang lelaki itu tajam.
"Aku nak jumpa Iman. Anak aku. Tak boleh ke?"
"Tak. Mahkahmah pun dah sahkan aku penjaga sah dia. Dah kau pun tahu aku tak benarkan kau jumpa dengan anak aku"
YOU ARE READING
KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]
Romance"ISH.. Ada je benda yang dia ni suruh aku buat kan? Harap je muka handsome.." - WANY HASAERA 🔹🔸🔹🔸🔹 "COMEL. Puas hati aku bila dapat kenakan dia. Tulah, mulut tu lancang betul menjawab apa yang aku katakan?" - TENGKU IDHAM ASYRAF 🔸🔹🔸🔹🔸 "KEN...