"Huh, sunyi je rumah kau ni Ros. Mana yang lain?" soal Datin Suraya.
"Mereka semua pergi kerjalah. Saera pula katanya nak ke rumah Isma."
Datin Suraya mengangguk faham. Dia mengambil tempat disofa selepas dipelawa oleh Datin Rosel.
"Ada apa kau datang ni?"
"Tak ada apa. Aku cuma nak ajak kau pergi shopping barang nikah anak-anak kita tu"
Datin Rosel memaparkan wajah teruja.
"Boleh juga. Lagi pun dah tak lama ni. Aku pun baru tempah pelamin sahaja. Hiasan-hiasan belum lagi. Ni, baju nikah Saera dan Idham pun belum tempah lagi ni"
Datin Suraya semakin teruja. Dia pa tas menyuruh bakal besannya bersiap-siap.
*****
"Kita nak kemana lepas ni? Semua dah selesai kan? Pelamin, barang hantaran. Ada apa-apa lagi ke?" soal Datin Rosel sebaik sahaja keluar dari kedai barang hantaran.
Datin Suraya berfikir seketika. Apa yang mereka lupa?
"Hah. Baju nikah. Belum tempah lagi, kan?"
"Ha, yalah. Nasib baiklah kau ingatkan Su." balas Datin Rosel sambil menepuk dahi.
🌹🌹🌹
Isma menghidangkan secawan teh diatas meja untuk Saera.
"Hah, apa cerita kau dengan Anieq?" soal Saera tiba-tiba. Terkejut Isma dibuatnya. Mukanya sudah merah menahan malu.
"Apa kau merepek ni?" Isma cuba mengalih topik.
"Kau jangan ingat aku tak tahu. Kau bercinta dengan Anieq Syazwan, sedara Idham kan?"
Isma kelihatan gusar. Dah banyak kali dia menafikan, namun kali ini dia betul-betul tidak tahan dengan desakan dari Saera.
Akhirnya dia mengaku.
"Ha, dah agak dah. Asal kau tak beritahu aku?"
"Aku seganlah"
Saera menjeling menyampah. "Geli je segan,segan ni. Kau ingat kau apa?"
Isma ketawa malu. Dia tahu Saera marah dan geram dengannya kerana tak beritahunya awal-awal.
Mereka berborak lama tentang pelbagai topik.
"Huh, kenapa kau datang?"
Soal Isma."Amboi. Macam tak suka je aku datang"
"Tak adalah. Aku gembira kau datang. Kau dah sihat dah ke?"
Saerae menepuk dahi.
"Sayangku Isma. Kalau aku tak sihat, aku tak datang sini"
Mereka saling bertepuk tampar dengan semua gurauan.
Tiba-tiba Saera mendapat panggilan.
YOU ARE READING
KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]
Romance"ISH.. Ada je benda yang dia ni suruh aku buat kan? Harap je muka handsome.." - WANY HASAERA 🔹🔸🔹🔸🔹 "COMEL. Puas hati aku bila dapat kenakan dia. Tulah, mulut tu lancang betul menjawab apa yang aku katakan?" - TENGKU IDHAM ASYRAF 🔸🔹🔸🔹🔸 "KEN...