"Saera?" kata Qayyum seakan terkejut.
"Apa yang awak buat dekat sini?"
"Saya ada urusan dekat sini? Awak tu yang buat apa?"
"Saya tengah berbulan madu dengan suami sayalah"
Qayyum mengangguk. Kemudian dia tercari-cari dimana Idham.
"Mana Idham?"
"Dia pergi tandas"
"Huh? Sanggup dia tinggalkan awak sorang-sorang kat sini?" ujar Qayyum nadanya seperti marah.
Dia berpaling mahu beredar. Saera sempat menahan Qayyum dengan menarik lengan lelaki itu.
"Awak nak kemana?"
"Saya nak cari Idham. Nak ajar dia. Sanggup dia tinggalkan awak seirang diri dekat sini"
Saera terkejut. Terkelu. Apa yang sedang bermain didalam kepala Qayyum sekarang ni?
"eah.. Tak payah.. Err,, dahlah, saya pergi dulu" ujar Saera tak bernada. Cepat-cepat dia mengatur langkah mahu pergi.
"Wait. Kenapa awak macam tak suka bila bercakap dengan saya ni? Masa saya datang pejabat awak pun, awak tak nak terima projek saya. Apa masalah awak sebenarnya. Please tell me"
Saera mengeluh panjang.
Rambutnya dikuak pantas. Raut wajahnya sudah berubah.
"Qayyum. Bahagian mana yang awak tak faham lagi? Saya dah berkahwin."
"Halah.. Orang bercinta pun boleh putus. Inikan orang yang dah berkahwin. Korang boleh cerailah!" naik seoktaf nada Qayyum.
"Qayyum! Awak jangan macam-macam eah. Awak lupa apa yang awak dah buat dulu? Peluang kedua? Memang taklah saya nak bagi. Dah lepas ni saya tak nak jumpa awak, seleisih dengan atau apa-apa pun yang berkaitan dengan awak. Tolong, jangan ganggu saya" ujar Saera lalu berdar dari situ.
Qayyum melempar muka tak puas hati. Ekor matanya memerhati langkah Saera sehingga bayang Saera hilang dari pandangannya.
Pinggangnya dicekik.
"Susah ke kau nak bagi aku peluang kedua?"
🌹🌹🌹
Di Malaysia, Hatta kelihatan sibuk menguruskan projek yang ditinggalkan kakaknya itu.
Tak cukup tanah dia berlari sana sini dapatkan tandatangan.
Tepat pukul 12 tengahari iaitu waktu rehat, Hatta sudah tewas. Dia duduk bersandar disebuah kerusi di cafe sambil mengipas dirinya menggunakan tangan.
"Angah ni.. Hari tu jata dia dah settle kan semua kerja. Habis tu ni apa?" rungut Hatta tak berpuas hati. Mati-mati dia ingatkan kakaknya sudah menyiapkan sua tugasan sebelum keluar negara. Ini tidak.
"Amboi.. Apa merungut ni?" tegur seseorang yang baru sahaja tiba.
"Eah? Along, papa. Tak ada apalah" balas Hatta sambil membetulkan posisi duduknya.
YOU ARE READING
KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]
Romance"ISH.. Ada je benda yang dia ni suruh aku buat kan? Harap je muka handsome.." - WANY HASAERA 🔹🔸🔹🔸🔹 "COMEL. Puas hati aku bila dapat kenakan dia. Tulah, mulut tu lancang betul menjawab apa yang aku katakan?" - TENGKU IDHAM ASYRAF 🔸🔹🔸🔹🔸 "KEN...