23 🌹 ;

438 14 0
                                    

Pejam celik, hampir seminggu Saera berada di resort Pelanggi. Rindu pula rasanya ingin berjumpa dengan Isma.

Dan pejam celik jugalah, tinggal 3 minggu sebelum pernikahannya dengan Idham.

Rasa bagaikan sedang bermimpi. Mimpi indah. Cepat betul masa berlalu. Tup, tup dia dah nak berkahwin dengan bosnya yang dikenalnya tidak sampai 2 bulan pun lagi.

Tapi nak buat macam mana? Dah takdir yang mengatur segalanya, kita sebagai manusia hanya perlu bersyukur.

Selepas selesai solat maghrib dan isyak berjemaah, Saera terus melangkah keluar dari surau kerana talefonnya dari tadi tidak berhenti berdering dengan nads yang perlahan.

Nombor yang dikenalinya tertera pada skrin talefon. 6 kali panggilan yang tidak dijawab.

Saera membuat keputusan untuk menelefon kembali.

Trut..trut..trut...

"Ha, Assalamualaikum. Ada apa call aku banyak kali ni?"

"sorrylah ganggu. Aku cuma nak tanya kau sikit ni."

"apa dia?"

"kau kenal Rizal tak? Lelaki yang rambut dia panjang sikit. Alah, lelaki yang kau tunjuk dekat aku haritu"

Saera mengerutkan dahinya. Hairan, kenapa tiba-tiba Isma bertanyakan pasal Rizal pula.

"Ha, kenal. Why?"

"Petang tadi, aku terserempak dengan dia dekat mall. Dia tegur aku tiba-tiba dan tanya mana kau. Dah lama dia tak nampak kau kat rumah Idham. Aku pelik, macam mana dia boleh kenal aku pula?"

"Habis tu? Kau jawab apa?"

"aku beritahulah yang kau tak ada. Kau pergi bercuti. Lepas tu tiba-tiba, kau tahu apa dia buat?"

Saera mencekik pinggangnya. Isma ni, sekat-sekat pula bercerita.

"air muka dia terus berubah. Dia kata kenapa kau tak beritahu dia kau pergi bercuti? Dia kata lagi, dia ada hak untuk tahu, dan kau tak boleh buat dia macam tu. Ha macam tu lah. Apa sebenarnya masalah dia dengan kau ni? Kau main kayu empat ke?"

Terang Isma dan diakhiri dengan soalan yang langsung tiada lapik.

"Kau.. Nasib aku tak ada depan kau, kalau tak aku dah tutup mulut kau dengan tapak kaki aku tau tak? Tak adalah sampai main kayu empat ke lima ke sepuluh. Entahlah wey, dia tu jiran sebelah rumah Idham, tapi sejak pertama kali aku datang rumah Idham, dia selalu muncul. Ajak bual, nanti tiba-tiba panggil aku Alissa. Siapa entah Alissa."

Isma hanya membuat bunyi faham sahaja melalui corong talefon.

"entahlah wey. Aku nasihatkan kau, lepas ni hati-hati. Aku tengok dia tu, bukan macam orang lain yang normal tau. Dia macam ada something wrong. Aku risau kalau dia ada apa-apa rancangan nak buat pada kau."

Saera terkejut dengan kata-kata Isma.

"Kenapa pula dia nak apa-apa kan aku?"

KISAH CINTAKU PADAMU..🌹 [COMPLETED]Where stories live. Discover now