Bab 47

311 15 3
                                    

     
        Perlayaran dua buah kapal itu terpaksa diteruskan. Disebabkan Da Vinci telah menyelamatkan Puteri Buih, Sultan Mahmud Shah bersetuju untuk menghantar Da Vinci sehingga ke pelabuhan Goa.

         Akhirnya 'Mendam Berahi' dan Phinisi telah selamat berlabuh di Pelabuhan Goa. Sebuah pelabuhan paling sibuk pada abad itu.

        "Kami telah menghantar kau sehingga ke Goa. Kau boleh menumpang mana-mana kapal dari sini untuk ke Barat!" Titah Sultan Mahmud Shah tegas.

         "Baiklah, terima kasih kerana Tuanku telah menumpangkan saya. Saya tidak akan lupakan jasa kalian. Terutama sekali Laksamana Tuah!" Balas Da Vinci.

        "Da Vinci!" Panggil Sultan Mudzaffar Shah sambil menepuk bahu Da Vinci. "Di mana lukisan Puteri Buih itu? Berikan padaku" Pinta Sultan Mudzaffar Shah lembut sambil menjeling Da Vinci.

         "Lukisan apa yang ayahanda maksudkan?" Soal Tuah menoleh ke arah Da Vinci.

         "Lukisan yang tidak sepatutnya sampai ke Barat!!!! Pulangkan kepada kami!" Jerkah Raden Putra tiba-tiba. Dia muncul dari tangga bilik kemudi. Semua mata tertumpu pada Putera dari Kerajaan Monggol itu.

           "Lukisan ini penting bagi saya..!" Jawab Da Vinci sambil memeluk buntil yang berikat pada bahunya.

         "Tapi itu maruah Permaisuri beta! Pulangkan semula!!!" Bentak Raden Putra menghampiri Da Vinci.

           "Jika saya tidak memberikan lukisan ini kepada Raja Mateus, baginda akan memancung saya!!!" Ujar Da Vinci terketar-ketar.

           "Jika lukisan itu menjadi milik Raja Mateus, bermakna duyung di dalam lukisan itu wujud! Aku mahu kau beritahu Raja Mateus, Duyung itu hanyalah mitos!!!pulangkan lukisan itu pada aku!!" Marah Sultan Mudzaffar Shah.

       "Tapi bagaimana saya akan pulang dan bertemu Raja Mateus jika lukisan ini kalian ambil?" Soal Da Vinci buntu.

       Raden Putra merampas buntil yang berikat pada bahu Da Vinci. Dia menyelongkar beg pelukis itu. Banyak lukisan bergulung di dalam buntil berikat tersebut. Raden Putra pantas menarik lukisan Puteri Buih tanpa membenarkan sesiapa disitu melihatnya. Lukisan itu dikeronyok Putera Kerajaan Monggol itu.

          "Dengar sini!!!!sesekali aku tak akan benarkan kau bawa lukisan ini ke barat!!!" Jerit Raden Putra geram. Dia teringat segala yang diceritakan Puteri Buih padanya sambil menangis. Hati lelakinya cukup geram dan marah. Ingin sahaja dia membutakan mata Da Vinci. Tetapi mengenangkan akan kebaikan Da Vinci menyelamatkan isterinya, dia terpaksa bertolak ansur.

        "Tolong...tolong saya!!!Raja Mateus akaun bunuh saya! Lukisan itu saya perlu serahkan kepada baginda!" Rayu Da Vinci menarik tangan Raden Putra. Kemudian dia jatuh melutut di kaki lelaki itu.

        "Tidak! Sesekali tidak! Lukisan ini tidak akan sampai ke Barat!" Bentak Raden Putra.   

        "Sabar....sabar anakanda. Lukisan itu memang tidak akan diserahkan kepada Da Vinci. Tapi kita juga perlu bertolak ansur. Jika kita biarkan dia pergi tanpa lukisan itu, Raja Mateus pasti akan bunuh dia!" Kata Laksamana Tuah memegang bahu Raden Putra.

      "Jadi pakcik mahu kami serahkan lukisan Puteri Buih ini kepada lelaki barat ini!!" Bidas Raden Putra geram.

      "Bukan begitu maksud hamba. Orang Berbudi, kita berbahasa. Orang Berbudi kita membalas jasa...itu yang hamba maksudkan" Kata Tuah sambil memegang bahu Raden Putra. Dia tahu suami anak saudaranya itu sedang marah.

        "Ya..saya faham maksud pakcik! Tapi saya tak mahu lukisan ini dibawa ke barat! Jika dia mahu...dia boleh lukis semula. Tapi bukan dengan keadaan Puteri Buih tanpa pakaian!!!" Bentak Raden Putra geram. Matanya bulat dan merah menyala merenung Da Vinci. Hatinya lagi bertambah sakit apabila mengenangkan lukisan itu dilukis oleh Da Vinci sendiri.

Puteri Buih 2Where stories live. Discover now