"Bagaimana keputusan mereka?" Soal Athur sebaik sahaja orang suruhannya kembali ke kapal perang mereka.
"Mereka mahu kita ke kapal mereka untuk berbincang" Jawab orang suruhan Athur . Athur terdiam seketika sambil meneguk air minuman di tangannya. Dia merenung ke arah kapal Mendam Berahi.
"Siapakah mereka?" Soal Athur tegas. Di barat semua pelayar akan tunduk kepadanya ekoran dia seorang penguasa empayar jajahan yg besar Dan terkenal. Tetapi pelayar dari kapal yang diingininya itu seolah olah berlagak!
"Tuanku semestinya kenal Salah seorang Dari mereka!" Jawab orang suruhan Athur. Lelaki selekeh Dan serabai itu tersengih sambil mempamerkan giginya yang kehitaman.
"Siapakah mereka?" Soal Athur lagi. Kali ini suaranya agak tinggi. Beberapa orang anak kapal yang sedang melakukan tugas mereka saling memandang ke arah Athur Dan orang suruhannya.
"Salah seorang daripada mereka adalah anak Kapten Barrabossa...Jack!" Beritahu orang suruhan Athur.
"Jack Sparrow! Kecil Dunia ini...rupanya Nakhoda licik itu masih hidup!" Tawa Athur berdekah dekah. Orang suruhannya berasa hairan dengan tingkahlaku Athur.
"Adakah Tuanku mabuk?! Mereka bukanlah orang sembarangan di atas lautan ini" Tingkah orang suruhan Athur agak gusar. Athur menuang lagi air minumannya sambil fikirannya mengingati wajah Jack Sparrow! Lelaki yang terkenal sebagai bajak laut itu. Malah si lanun yang sangat licik di laut barat. Dia juga menjadi buruan tentera Sepanyol kerana Jack adalah lanun yang penuh muslihat dalam merompak kapal kapal saudagar Dan pelayar.
" Itu beta tahu, kita akan bertemu mereka di Kapal mereka!" Putus Athur sambil melangkah meninggalkan orang suruhannya yang termanggu- manggu di situ.
Keesokan harinya Athur bersama pengikutnya telah pergi ke kapal Mendam Berahi untuk bertemu Panglima Awang yang mereka kenali sebagai bajak laut yang bernama Jack Sparrow.
Sewaktu ketibaan Athur dan pengikutnya di Kapal Mendam Berahi, sesungguhnya mereka tidak menyadari segala gerak geri mereka menjadi perhatian Panglima Awang. Mata Panglima Awang merenung tajam ke arah Athur dan pengikutnya dari sebalik kamar kemudi yang dindingnya di ukir berbentuk seakan bunga lawang. Bunga Lawang adalah Salah satu rempah ratus yang di dagangkan di pelabuhan Pulau Besar serta Melaka.
"Tuan hamba sekalian Ingin bertemu siapa?" Sapa Salah seorang hulubalang yang menjaga di atas tangga kapal Mendam Berahi. Athur tersenyum sambil memandang orang suruhannya.
"Kami ingin berjumpa dengan Kapten Jack Sparrow" balas orang suruhan Athur.
Dua orang hulubalang kapal Mendam Berahi saling berpandangan Dan memberi isyarat kepada hulubalang yang berada di hadapan pintu bilik kemudi kapal.
"Biarkan mereka naik ke atas!" Jerit satu suara dari hadapan bilik kemudi kapal Mendam Berahi. Athur mendongak ke atas melihat Jack Sparrow sedang berdiri di sana.
"Hello Jack!" Jerit Athur dengan mesranya sambil mengangkat sebelah tangan melambai ke arah Panglima Awang. Lelaki barat itu menghampiri Panglima Awang bersama para pengikutnya. Panglima Awang berdiri di hadapan bilik kemudi kapal sambil mengadap laut. Sementara Athur dan pengikutnya berdiri di bawah tiang layar kapal Mendam Berahi. Tiang layar kapal itu sahaja sudah 3 pemeluk orang dewasa. Athur menyentuh tiang layar Mendam Berahi sambil di dalam hatinya mulai merasa kagum dengan seni buatan kapal Mendam Berahi.
" Ia adalah seni buatan orang orang Melayu! Tentu kau tidak sabar untuk memiliki kapal Mendam Berahi bukan?" Kata Panglima Awang sinis. Athur tersenyum kemudian menepuk nepuk tiang layar kapal Mendam Berahi.
"Yeah..sebuah kapal yang bagus Dan sangat besar!" Komen Athur sedikit mencebik. Panglima Awang sudah tahu apa yang diingini Athur. Tetapi dia tidak akan mudah bersetuju dengan permintaan Athur.
"Kapal Mendam Berahi bukan kepunyaan aku. Ia kepunyaan Laksamana Melaka" Terang Panglima Awang tanpa di pinta oleh Athur.
"Kalau begitu bagaimana beta Ingin membelinya?!" Soal Athur. Suaranya sedikit tinggi sambil merenung tajam ke arah orang suruhannya.
"Tanyalah kepada Laksamana Hang Tuah" Jawab Panglima Awang sambil memalingkan wajah kepada Hang Tuah Dan Raden Putra yang baru keluar dari bilik kemudi kapal.
"Beta akan bayar dengan harga lumayan jika Laksamana Hang Tuah menjual kapal ini" Athur menawarkan kepada Hang Tuah yang telah berada di situ.
"Mengapa Tuan hamba Ingin membeli kapal Mendam Berahi?" Soal Hang Tuah pura-pura tidak tahu. Sebenarnya Hang Tuah telah tahu niat Athur untuk kembali ke England dengan kapal Mendam Berahi bagi menggantikan kapal Gold of England yang telah di berikan kepada Raja Mateus.
"Beta perlukan kapal ini untuk kembali ke England. Denmark tidak banyak pilihan kapal" Jawab Athur.
"Bukanlah Tuan hamba telah mempunyai kapal perang. Pulang sahaja ke England dengan kapal Tuan Hamba itu!" Tempelak Raden Putra geram.
"Muatan kapal perang kami hanya untuk pahlawan perang kami sahaja. Beta memerlukan sebuah lagi kapal untuk membawa kaum kerabat kami yang terdiri Dari golongan bangsawan di England" Jelas Athur. Raden Putra mendengus geram. Dia hanya menganggap itu alasan Athur. Kalau ikutkan hati Ingin sahaja dia membunuh Athur pada ketika itu kerana menculik permaisuri hatinya Puteri Buih.
"Maafkan kami. Kapal ini tidak akan di jual kerana ia milik Kerajaan Melayu Melaka. Tapi jika Tuan hamba Ingin kapal semisal ini, hamba boleh membantu Tuan Hamba untuk membuatnya. Tetapi bukan di sini!" Pancing Hang Tuah. Panglima Awang sudah tahu niat Hang Tuah untuk membawa Athur berlayar ke Nusantara. Tujuan jelas Hang Tuah adalah tidak membenarkan Athur pulang ke England.
"Oh...tawaran yang sangat hebat. Beta belum pernah sampai ke Nusantara. Tetapi kapal perang Beta tidak cukup muatan untuk ke sana. Kami memerlukan lagi sebuah kapal untuk ke sana" Terang Athur.
"Kalau begitu aku benarkan kau dan golongan bangsawan England untuk menumpang kapal Mendam Berahi. Kami akan bertolak pada malam ini juga!" Kata Panglima Awang sambil tersenyum kepada Athur. Lelaki British itu terdiam kendengar tawaran Jack Sparrow. Dia bukan tidak tahu Jack Sparrow penuh tipu Daya yang licik. Tetapi Athur juga telah memasang rancangannya yang tersendiri. Malah dia mempunyai sebuah kapal perang yang terdiri Dari tentera perangnya.
Athur langsung tidak gusar. Jika Jack Sparrow berpaling tadah, dia sendiri akan merampas kapal Mendam Berahi itu secara paksa sewaktu mereka di tengah lautan. Rancangan Athur lebih hebat lagi dengan niat jahatnya untuk membunuh semua penghuni kapal Mendam Berahi. Malah dia langsung tidak berniat untuk menempah sebuah kapal pun Dari Nusantara.
"Baiklah beta setuju. Petang ini juga beta akan pindahkan barang barang ke kapal ini bersama golongan bangsawan Dari England" putus Athur sambil merenung Panglima Awang.
"Baguslah begitu. Kami akan menunggu kalian semua pada petang ini" balas Raden Putra teruja. Dia tidak sabar untuk bertemu dengan Puteri Buih. Sewaktu Athur memindahkan barang Dan kedatangan golongan bangsawan England itu nanti pasti Puteri Buih di bawa sekali ke kapal Mendam Berahi.
Athur melangkah turun Dari kapal Mendam Berahi bersama senyuman sinis. Niat Athur bukanlah untuk menempah kapal, sebaliknya dia Ingin merampas Mendam Berahi. Dia tidak bodoh untuk memanjangkan tempoh pelayarannya sehingga ke Nusantara demi mendapat sebuah kapal. Cara paling mudah adalah dengan paksaan kerana Laksamana Melaka itu tidak mahu menjual Mendam Berahi.
![](https://img.wattpad.com/cover/220110051-288-k85776.jpg)
YOU ARE READING
Puteri Buih 2
FantasySebuah kisah perjalanan hidup seorang Puteri yang dikenali sebagai Puteri Buih dari Kerajaan Melayu lama pada abad ke 15 . Kepayahan dan kesungguhan tokoh tokoh Melayu dalam memperjuangkan bumi Melayu. Pengorbanan yang dilakukan tanpa mengharap seba...